Siakap Keli
kain kafan bersih
Kredit NU Jateng Online

Kain Kafan Jenazah Yang Nak Dipindahkan Didapati Masih Elok & Bersih Walau Dah 15 Tahun Meninggal

Kain Kafan Jenazah Yang Nak Dipindahkan Didapati Masih Elok & Bersih Walau Dah 15 Tahun Meninggal

Mayat anggota Barisan Ansor Serbaguna (Banser) Klaten bernama Indrat Supaat yang meninggal dunia 15 tahun lalu dilaporkan ditemui dalam keadaan baik dan sebahagian kain kafannya kelihatan masih bersih.

Menurut NU Online Jawa Tengah, mayat yang masih dalam keadaan baik itu ditemui ketika sebuah kubur sedang digali untuk dipindahkan ke lokasi lain yang terjejas.

Kubur itu dikatakan telah terjejas akibat tol di Desa Brangkal, Kecamatan Karanganom, Kabupaten Klaten, Indonesia.

Memetik iNews, Ketua Pasukan Pemindahan Kubur Kampung Brangkal, Muh Fauzan berkata, jumlah keseluruhan jenazah yang didaftarkan untuk pemindahan ialah 272 jenazah.

Sebanyak 72 daripada kubur itu bagaimanapun tidak mempunyai nama dan waris yang tidak diketahui.

“Kalau ada ahli waris yang terdaftar, kuburnya ada 200,” kata Fauzan kepada NU Online Jawa Tengah pada Ahad lalu.

Katanya, ketika menggali mayat bernama Indrat pada Rabu (1 November) lalu, mayat itu didapati masih berbalut dengan kain kafan dalam keadaan utuh.

Malah, sebahagian daripada kain kafan itu juga dikatakan masih berada dalam keadaan yang bersih.

Bagaimanapun, pasukannya tidak membuka kain kafan lama itu kerana memiliki beberapa pertimbangan.

“Sebaik dikeluarkan, mayat berusia 15 tahun itu terus dibalut dengan kain kafan baharu untuk dipindahkan ke lokasi yang ditetapkan,” kata Fauzan lagi.

Tambahnya, bagi proses penggalian dan pengebumian semula semua jenazah yang dipindahkan, pihaknya telah bekerjasama dengan beberapa jemaah dari Ngaliyan, Kota Semarang yang diketuai Joko.

“Ini dilakukan kerana pasukan yang diketuai Pak Joko yang juga pentadbir Majlis Timbalan Cawangan Nahdlatul Ulama (MWCNU) Ngaliyan. Mereka mempunyai pasukan yang sudah biasa memindahkan kubur berdasarkan pelbagai faktor,” katanya lagi.

BACA: Lain Dari Lain, Chef Ni Buat Drama Pendek Untuk Kongsi Resipi, Jalan Cerita ‘Plot Twist’ Habis

Difahamkan, Allahyarham Indrat Supaat adalah merupakan ahli Banser Ranting Brangkal sewaktu dia masih hidup.

Semasa hayatnya, beliau telah bertempur di bawah bendera NU dengan memakai seragam banser yang mengawal para ulama.

“Mungkin ini pemberian kiai supaya ketika diangkat mayatnya masih utuh,” jelas Fauzan yang juga bapa saudara kepada arwah.

Pengerusi Pengurus Wilayah Nahdlatul Ulama (PWNU) Jawa Tengah, HM Muzamil berkata, pihaknya berbangga dengan penemuan mayat yang masih utuh itu.

“Ini bukti khidmat di NU yang berteraskan khidmat ikhlas kepada maysarakat akan mendapat kemuliaan di alam kubur. Semoga Allahyarham Indrat Safaat diterima segala amalnya dan diampunkan dosanya oleh Allah Taala,” akhirinya.

Sumber: iNews

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.