Siakap Keli
Kenali Manchineel
Gambar: Southern Living via MSN

Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Setiap pokok yang berbuah tentunya menarik perhatian kehidupan seperti serangga, haiwan dan juga manusia. Hal ini kerana ia telah menjadi lumrah dalam rantaian makanan dengan tumbuhan adalah pengeluar.

Jadi tidak hairan sekiranya setiap pokok yang menghasilkan buah menarik perhatian hidupan di sekeliling tidak kira dari segi warna, rupa bentuk dan baunya.

Namun, pernahkah anda terfikir sebenarnya terdapat pokok berbuah yang dikategorikan berbahaya kepada manusia? Kalau belum tahu, jom kita telusuri mengenai Pokok Manchineel.

Pokok Manchineel

Gambar: Southern Living via MSN

Pokok Manchineel atau nama saintifiknya Hippomane mancinella merupakan salah satu tumbuhan paling berbahaya di dunia. Pokok yang digelar Tree of Death ini berasal dari kawasan pantai Florida Selatan dan kawasan Utara Amerika Tengah serta Carribbean.

Selain itu, pokok ini juga mendapat nama daripada perkataan Sepanyol, manzanilla yang bermaksud “little apple of death”. Difahamkan, pokok itu mendapat nama tersebut kerana bentuk buah dan dedaunnya yang menyerupai pokok epal. Pokok ini juga mempunyai nama lain seperti  manzanilla de la muerte atau “epal kecil kematian”.

BACA JUGA: Kenali Ruki, Dipercayai Sungai Tergelap Di Dunia

Menurut IFAS Exstension, manchineel tersenarai sebagai spesies tumbuhan terancam pupus di Florida. Pokok ini hidup di kawasan pantai atau di air payau. Ia cenderung tumbuh secara berkelompok dan boleh ditemui di antara pokok bakau.

Kenapa Pokok Manchineel Berbahaya?

Manchineel merupakan sejenis pokok renek yang tinggi dan boleh mencapai sehingga 12 meter (40 kaki) tinggi dengan batang setebal 60 cm (2 kaki). Buah berwarna hijau dan berbentuk seperti epal ini mempunyai rasa yang manis dan menarik perhatian sesiapa sahaja.

Namun, siapa menyangka di sebalik rupa luarannya yang memikat mata ramai, tersembunyi pelbagai bahaya.

Menurut Britannica, hampir setiap bahagian pokok itu baik daun, getah, buah dianggap beracun dan mengandungi sejumlah toksin.

Pokok Manchineel
Gambar: World Atlas

Menurut Pusat Perubatan Awam, sesiapa yang memakannya berpotensi mengalami rasa melepuh di dalam mulut dan esofagus.

Pakar Radiologi Perunding Dr. Nicola Strickland berkata setelah merasai buah itu dia mengalami gejalanya dan perlahan-lahan reda selama 8 jam. Jelasnya pada awal, ia mempunyai rasa manis sebelum kesan toksin mula bertindak balas.

Manakala getah susu atau lateks yang dihasilkan daripada daun dan permukaan kulit kayunya mengandungi bahan kimia phorbol, yang bertindak balas (merengsa) terhadap kulit.

Sewaktu hujan, titisan air hujan yang mengenai pokok ini juga bercampur dengan getah lateksnya yang menjadikan cecair ini berbahaya. Sekiranya terkena pada kulit badan boleh menyebabkan ruam dan melepuh (melecur).

Bukan itu sahaja, jika pokok ini dibakar, asap yang terhasil juga merengsa ke dalam mata hingga menyebabkan buta akibat abu racun bawaan udara.

BACA JUGA: Kenali Rubiel Mosquera, Lelaki Miliki Leher Berotot Tebal

Pokok Manchineel
Gambar: Deccan Chronicle

Kegunaan Pokok Manchineel

Walau pokok ini mempunyai pelbagai bahaya, difahamkan sebahagian penduduk asli masih menggunakan kayu dan getahnya.

Bagi kayu pokok ini, ia masih digunakan di beberapa kawasan  dan ia ditebang dengan teliti. Ia kemudiannya dikeringkan di bawah matahari untuk meneutralkan getah sebelum digunakan untuk membina perabot.

Manakala getah pokok ini pula dijadikan sebagai anak panah untuk memburu oleh orang asli.

Selain itu, sebab mengapa sering ditemui di tepi pantai dan di seluruh paya beriklim tropika kerana pokok ini berperanan sebagai penahan angin dan membantu mencegah hakisan.

Sumber: PMC (1), (2), Britannica, Southern Living

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"