Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tular Video Deretan Gerai Dipercayai Di Teluk Kemang, Port Dickson Terbakar
Beberapa video yang menunjukkan keadan beberapa gerai terbakar dipercayai di Teluk Kemang, Port Dickson tular di media sosila, malam ini.
Antaranya video-video berkenaan boleh ditemui di platform X yang dimuat oleh seorang pengguna, Nan Manjoli 8715 (@nanmanjoi8715) pada pukul 9.19 malam.
Dalam video berkenaan, beberapa deretan gerai kecil telah dijilat dalam api yang marak dan pihak bomba berusaha untuk memadamkannya.
Setakat ini, tiada makluman lanjut berhubung kejadian terbabit daripada pihak berkuasa.
Berita lanjut bakal menyusul
BACA: Cukup Mudah, Cara Nak Hilangkan Kulat & Bau Busuk Dalam Peti Sejuk, Guna 2 Bahan Je
Sumber: @nanmanjoi8715 via X