Siakap Keli
Anwar hubungi nurul ain
Gambar: X Anwar Ibrahim

Anwar Sempat Hubungi Nurul Ain & Suami, Doa Moga Selamat Sampai Ke Tanah Air

Anwar Sempat Hubungi Nurul Ain & Suami, Doa Moga Selamat Sampai Ke Tanah Air

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memaklumkan berkesempatan melakukan panggilan video dengan salah seorang rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron berjaya yang dibawa keluar dari Gaza pada malam Ahad.

Ahli Parlimen Tambun itu menzahirkan rasa syukur kerana Nurul Ain dan suaminya, Mohamed A.M. Shaat akan dibawa pulang ke Malaysia selepas dilaporkan terkandas di Semenanjung Gaza sejak konflik Palestin-Israel lebih sebulan yang lalu.

Gambar: X Anwar Ibrahim

Difahamkan, pasangan tersebut berjaya dibawa keluar melalui sempadan Rafah dalam keadaan selamat.

Anwar berkata demikian dalam satu hantaran di akaun rasmi X  sebentar tadi.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

“Alhamdulillah pada awal pagi ini, 13 November 2023, saya telah berkesempatan melangsungkan panggilan video dengan Puan Nurul Ain Haron, rakyat kita yang terkandas di Semenanjung Gaza sejak perang meletus lebih sebulan yang lalu.

“Beliau dan suaminya, Mohamed A.M. Shaat seorang warga Palestin telah berjaya dibawa keluar pada malam Ahad, 12 Nov di sempadan Rafah.

“Dalam perbualan kami, Puan Nurul dan suaminya telah menyampaikan penghargaan dan ucapan berbanyak terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang sedaya upaya memastikannya dan suami selamat dibawa keluar dari Gaza.

“Mereka turut merakamkan rasa terima kasih kepada kakitangan Kedutaan Malaysia yang tidak berputus asa dalam memastikan proses membawa mereka keluar dari zon perang dapat dilakukan,” tulisnya.

Gambar: X Anwar Ibrahim

Kongsi Situasi Sebenar Yang Berlaku Di Gaza

Dalam pada itu, beliau turut meminta Nurul Ain dan suaminya untuk berkongsi situasi yang berlaku di sana.

“Insya-Allah kita akan terus membantu. Semalam saya pun tunggu (perkembangan) di Makkah ni, kita semua berdoa.

“Nanti dah sampai ke Malaysia rehat sekejap, kemudian terus bertugas untuk jelaskan (apa yang berlaku di Gaza kepada rakyat Malaysia). Kita doakan selamat berlepas ke Kuala Lumpur,” katanya lagi dalam panggilan video tersebut.

Sementara itu, Anwar turut merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa buah negara lain yang turut terlibat dalam menghulurkan apa jua bantuan dalam proses membawa keluar rakyat Malaysia terbabit.

“Syukur kepada Allah SWT jua,” luahnya.

Menurut Bernama, pasangan itu dijangka berlepas ke Malaysia malam ini.

BACA JUGA: Ada 11 Tahap, Ini Rupanya Cara Buat Bola Tenis

Sebelum ini, Bernama turut melaporkan pasangan tersebut berjaya dibawa keluar daripada kawasan konflik tersebut melalui Lintasan Sempadan Rafah semalam 8.23 malam (2.23 pagi waktu Malaysia).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr Abdul Kadir sewaktu dihubungi oleh Perdana Menteri menerusi panggilan video bagi bertanya khabar.

Sumber: X Anwar Ibrahim

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?