Siakap Keli
tiktok isteri sabri yunus
Gambar hiasan | IG Angeline Tan

Ramai Guna Nama Isteri Di TikTok, Hati-hati – Sabri Yunus

Ramai Guna Nama Isteri Di TikTok, Hati-hati – Sabri Yunus

PELAKON veteran terkenal, Sabri Yunus meminta orang ramai agar berhati-hati dan jangan terpedaya dengan pihak tertentu yang menggunakan nama isterinya di TikTok.

Jelas Sabri atau nama sebenarnya Mohd Sabri Yunus, 62, dirinya turut tidak terkecuali daripada menjadi ‘mangsa’ nama digunakan pada akaun palsu di media sosial.

“Sekarang ramai orang guna nama Angeline Tan Tyy pada TikTok. Macam-macam nama ada. Ada juga nama saya.

“Untuk pengetahuan semuanya tu bukan kami. Kalau dah guna untuk tipu orang ramai maknanya sangat teruk perbuatan ini.

“Kalau betul nak bagi hadiah rasanya lebih baik pakai nama sendiri. Hati-hati,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya malam ini.

Difahamkan Sabri mengulas lanjut mengenai kewujudan akaun-akaun palsu di platform media sosial itu yang menggunakan nama isterinya, dipercayai digunakan untuk tujuan tertentu.

Antara kandungan yang didakwa menggunakan nama isterinya adalah video pemberian hadiah kepada ‘pemenang bertuah’ yang dipilih mengikut tarikh lahir mereka.

Sabri dalam hantaran sama turut memuat naik satu tangkap layar video memaparkan gambar mereka berdua bersama kapsyen seakan peraduan.

“Saya nak cari akak-akak yang lahir bulan 2, 6, 8, 9, 7, 1 dan 11. Ada tak? Saya nak hadiahkan satu set barangan kemas.

“Kalau sudi terima akak-akak cepat komen ya,” memetik kapsyen kandungan tersebut.

Gambar: FB Sabri Yunus

BACA JUGA: Sisi Abang Adalah Honeymoon Saya – Ardini

Sumber: FB Sabri Yunus

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'