Siakap Keli
resipi kek pisang
Gambar: Nur Ans

Sedap & Menyelerakan, Resipi Mudah Buat Kek Pisang Versi Kukus

Sedap & Menyelerakan, Resipi Mudah Buat Kek Pisang Versi Kukus

Pisang tergolong dalam kategori buah-buahan tempatan dan ia boleh ditemui hampir dimana-mana sahaja di seluruh Malaysia.

Pokok pisang mempunyai pelbagai jenis buahnya seperti pisang emas, pisang tanduk, pisang nangka, pisang berangan dan banyak lagi.

Buah pisang boleh dimakan begitu sahaja sewaktu sudah masak. Pisang bahkan boleh dihidangkan dalam variasi resipi makanan termasuklah kerepek, pisang goreng, cekodok, aiskrim dan kek pisang.

Sebut pasal kek, banyak bidang pastri telah mula mengorak langkah dalam memperkenalkan kek-kek berperisa pisang.

Jadi, tidak hairan mengapa pisang sangat bernilai dan popular dalam kalangan masyarakat.

Sehubungan itu, hari ini SK nak berk0ngsikan satu resipi yang disampaikan oleh Nur  Ans iaitu Resipi Kek Pisang Kukus. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh telesuri di bawah. Semoga bermanfaat.

Resipi Kek Pisang Versi Kukus

Gambar: Nur Ans

Siapa suka makan kek pisang versi kukus angkat tangan sikit. Ni kalau cicah dengan air teh mahu terangkat ni.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Setelah banyak resepi saya cuba akhirnya resepi kek pisang kukus ni paling sedap dan gebu!

Resipi Kek Pisang

1 biji telur (saya guna gred A)
Setengah cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
1 sudu kecik esen vanilla
5 biji pisang (saya guna pisang berangan)
1 sudu kecik baking powder
1 sudu kecik soda bikarbonat
1 1/2 cawan tepung gandum

Gambar: Nur Ans

Cara-cara:
1. Blend telur dan gula hingga kembang (5 minit)
2. Masukkan minyak dan esen (blend sekejap)
3. Masukkan pisang yang telah dilenyek.
4. Dalam besen lain, ayakkan tepung soda dan baking. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend. Guna teknik kaup je
5. Ha lepastu kukus dalam anggaran 15-20 minit

Gambar: Nur Ans

Jangan lupaa oleskan minyak pada acuan ye.

#Tips nak nampak kek pisang berurat blend 1 minit sahaja je
#Tips 2 nak tahu dah masak cucuk pakai lidi je
#Tips3 Potong pisang untuk hiasan tu nipis-nipis ye.

Okey Selamat mencuba semua. Hee

Sumber: Nur Ans via Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.