Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: AFP

Liverpool Diramal Hanya Ada Peluang 9% Menang EPL & Arsenal 5%, MU & Chelsea Tak Nampak ‘Bayang’

Iqbal Yasir

Liverpool Diramal Hanya Ada Peluang 9% Menang EPL & Arsenal 5%, MU & Chelsea Tak Nampak ‘Bayang’

Selepas 12 pusinga, carta EPL masih belum dapat menunjukkan bayang kelab manakah yang bakal menjulang trofi itu setelah musim tamat.

Walaupun Manchester City berada di persada liga, namun jarak mata sekurang-kurangnya dengan empat pasukan dibawahnya tidak jauh berbeza. Antara City dengan Aston Villa di tangga kelima, hanya dibezakan tiga mata sahaja.

Jadi, berdasarkan data yang ada daripada segi statistik perlawanan setakat ini, agak-agak pasukan manakah yang bakal dinobatkan sebagai juara?

Adakah City berjaya mengekalkan kejuaran buat kali keempat berturut-turut atau ada pasukan lain yang mampu ‘merompak’ dominasi daripada City?

Analisis Pencabar Kejuaraan Liga

Berdasarkan analisis yang dilakukan oleh Opta, City diramal akan sekali lagi menjulang trofi kejuaraan liga bola sepak paling mencuri tumpuan itu.

Menurut Opta, skuad kendalian Pep Guardiola mempunyai peluang sebanyak 84.6 peratus untuk dinobatkan sebagai juara.

Man city menang epl
Gambar: AFP

Sementara itu, pencabar terdekat City adalah Liverpool Football Club (FC). Namun, jauh ketinggalan di belakang dengan peluang sebanyak 9.1 peratus sahaja.

Manakala naib juara EPL musim lalu, Arsenal berada di tempat ketiga dalam senarai dengan 5.6 peratus.

Anak-anak didik Jurgen Kloop dan Mikel Arteta masing-masing berkongsi 27 mata dengan menduduki tempat kedua dan ketiga liga setakat ini.

BACA JUGA: Hanya Tiga Saat Promosi Produk, Wanita Jana Jualan RM64 Juta Dalam 7 Hari

Seterusnya, Tottenham Hotspur mempunyai 0.3 peratus sama seperti Aston Villa di kedudukan kelima pencabar kejuaraan.

Spurs di bawah pengendali baharu, Angelos Postecoglou memberikan nafas baharu buat pasukan itu dengan mempamerkan corak permainan yang meyakinkan setiap perlawanan musim ini.

Pasukan itu kini mencatatkan lapan kemenangan, dua seri dan dua kekalagan dengan mata terkumpul 26 di atas Aston Villa yang bersaing rapat dengan 25 mata.

Dalam pada itu, Manchester United berdasarkan analis Opta diramal langsung tidak mempunyai sebarang peluang untuk mencari trofi EPL ke-14 mereka.

The Red Devils yang menduduki tangga ke-6 liga kini hanya mengumpul 21 mata dengan tujuh kemenangan dan lima kekalahan sepanjang 12 perlawanan yang dimainkan.

Begitu juga dengan Chelsea, kelab yang berbelanja lebih 1 bilion Pound untuk mendapatkan pemain baru dalam tiga jendela perpindahan. Kelab itu juga diramal tidak mempunyai sebarang peluang untuk menjulang trofi berkenaan musim ini.

Gambar: Opta Analyst

Pasukan Kedua EPL Cipta Treble

Untuk makluman, Manchester City muncul sebagai pasukan kedua yang menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Liga Juara-Juara (treble) pada musim lalu.

Rekod tersebut menyamai prestasi Manchester United di bawah kendalian Sir Alex Ferguson pada tahun 1999.

Sumber: Opta Analyst