Siakap Keli
wanita promosi produk seminggu
Gambar: Instagram Zheng Xiangxiang

Hanya Tiga Saat Promosi Produk, Wanita Jana Jualan RM64 Juta Dalam 7 Hari

Hanya Tiga Saat Promosi Produk, Wanita Jana Jualan RM64 Juta Dalam 7 Hari

Seorang wanita mencuri perhatian orang ramai apabila berjaya meraih 100 juta yuan (RM64.215 juta) dalam masa tujuh hari dengan hanya mempromosikan produk dalam tempoh tiga saat.

Memetik Must Share News, Zheng Xiangxiang membuat promosi tersebut menerusi penstriman langsung (Live Streaming) di platform Douyin (China).

Namun apa yang mencuri tumpuan adalah wajahnya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika mempromosikan produk-produk berkenaan.

Dalam promosi tersebut, Zheng hanya membuka kotak, menyebut harga dan menutup kembali kotak setiap produk. Zheng turut dibantu oleh seorang pembantu yang menghulurkan kotak tersebut kepadanya.

Manakala setiap produk dipromosikan dalam tempoh tiga saat sahaja. Selain itu, pelanggan turut tertarik dengan pembungkusan yang kelihatan begitu mewah walaupun produk yang dijual rata-rata berharga kurang 10 yuan (RM6.42).

Promosi produk tiga saat, untung puluhan juta ringgit

Ternyata, teknik berkenaan begutu berjaya apabila Zheng berjaya mencatatkan angka jualan mencecah puluhan juta ringgit dalam tempoh seminggu.

Pencapaian yang dilakukan oleh Zheng amat mengagumkan kerana dia perlu menjual sekurang-kurangnya 10 juta produk bagi mendapatkan hasil jualan demikian.

Bagaimanapun, Zheng bukanlah nama yang asing dalam industri jualan langsung di China dan namanya sudah begitu terkenal sejak 2017 lagi.

Malah, dia juga memiliki jutaan pengikut di Douyin dan antara ‘bintang’ di platform berkenaan.

BACA JUGA: Rayuan Siti Bainun Terhadap Sabitan, Hukuman Ditangguh Ke 30 Januari 

Guru Tadika Jana 2 Juta Yuan Hanya Dengan Tiga Sesi Live Stream

Pada Mei lalu, seorang guru tadika di China tidak menyangka bahawa video dirinya mengajar lagu kanak-kanak tular di platform media sosial China, Douyin.

Lebih mengejutkan, wanita tersebut nekad untuk  berhenti kerja selepas salah satu sesi live stream yang dilakukannya  berjaya menjana pendapatan bernilai gajinya untuk 10 tahun.

Menurut laporan  China Times, guru yang dikenali sebagai Huang menjadi sebutan orang ramai apabila video lagu kanak-kanaknya mencapai jumlah tontonan melebihi dari 100 juta.

Susulan kandungan yang dihasilkan Huang mendapat sambutan, rata-rata warga maya menyarankannya untuk memasuki industr penstriman secara siaran langsung.

BACA JUGA: Kenali Manchineel, Pokok Paling Berbahaya Di Dunia Hingga Digelar “Tree Of Death”

Secara keseluruhan, sesi live stream terbabit berjaya menjana jumlah pendapatan hampir 500,000 yuan (RM320,870.18) dalam satu hari sahaja.

Sebagai seorang guru tadika di Wuhan yang menerima bayaran gaji sebanyak 3,000 yuan (RM1926.84) sebulan, keuntungan daripada media sosial ini dianggap lumayan.

Sumber: Must Share News, Today Online, Next Shark

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?