Siakap Keli
operator kren meninggal dunia
Kredit: BERNAMA

Operator Kren Meninggal Dunia Dalam Kabin Di Ketinggian 20 Meter

Operator Kren Meninggal Dunia Dalam Kabin Di Ketinggian 20 Meter

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) – Seorang operator kren menara disahkan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam kabin di ketinggian kira-kira 20 meter di tapak pembinaan di Persiaran KLCC, di sini, hari ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Mior Muhammad Fikri Mohd Zaini berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.43 petang dan satu jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Tun Razak dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, mangsa berumur 27 tahun itu berjaya dibawa turun pada jam 7.46 malam dengan menggunakan bantuan menara kren bersebelahan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

BACA: Imam Meninggal Dunia Selepas Beri Khutbah & Imamkan Solat Jumaat, Rebah Selepas Beri Salam

“Pemeriksaan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Noor Dellhan Yahaya ketika dihubungi Bernama berkata mayat lelaki warga tempatan itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), “ katanya.

Semalam, media melaporkan kumpulan nasyid, Inteam memaklumkan bekas anggotanya, Suhaimi Saad yang sebelum ini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor telah meninggal dunia.

Dalam satu hantaran di Facebook sebentar tadi, Inteam memaklumkan Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.40 malam semalam.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini