Siakap Keli
lelaki kejadian samun
Kredit: BERNAMA

Polis Tahan Dua Lelaki Dipercayai Terbabit Kejadian Samun, Tetak

Polis Tahan Dua Lelaki Dipercayai Terbabit Kejadian Samun, Tetak

MELAKA, 16 Nov (Bernama) — Polis menahan dua lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan tetak seorang lelaki di sebuah rumah di kebun kelapa sawit di Kampung Bukit Bunbun, Ayer Molek, 6 Nov lepas.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu dalam kenyataan berkata serbuan kira-kira 12 tengah hari itu berdasarkan laporan diterima menerusi panggilan telefon seorang wanita mengenai kejadian tersebut di pusat servis tayar pada pagi hari sama.

“Suspek berusia 40 dan 49 tahun itu ditahan ketika kedua-duanya sedang leka membakar untuk mengasingkan nat tembaga daripada getah tayar.

“Hasil pemeriksaan juga menemukan satu tong dram kepala tiub tayar terpakai dengan jumlah kerugian RM500, barang milik mangsa selain satu motosikal yang mempunyai rekod hilang di kawasan Ampang turut berada dalam rumah suspek,” katanya.

Arshad berkata polis juga merampas sebilah parang dipercayai digunakan suspek berusia 40 tahun ketika kejadian itu sehingga mendatangkan cedera pada tangan dan kaki mangsa.

Hasil saringan ujian air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, katanya.

“Kedua-dua suspek direman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dan akan dituduh pada esok di Mahkamah Majistret Alor Gajah di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana