Wanita OKU Warga Emas Ditemui Maut Dalam Perigi Di Kupang
Seorang wanita warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemukan maut di dalam sebuah perigi di Kampung Mengkuang Tengah, Kupang, semalam.
Memetik Astro Awani, mayat Umi Kalsom Jasin yang berusia 80 tahun itu telah dijumpai oleh ahli keluarganya pada jam 4.30 petang.
Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Supt Shamsudin Mamat mengatakan bahawa pihaknya teleah menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian tersebut.
Laporan yang diterima pihaknya mengatakan bahawa seorang wanita terjatuh ke dalam perigi, di lokasi kejadian.
BACA: Video Tular: Polis Kesan Kumpulan Lelaki Bergaduh Guna Senjata Tajam
“Hasil siasatan terhadap ahli keluarga mangsa mendapati, pada jam lebih kurang 12.30 tengah hari, mangsa dilihat sedang memotong rumput di belakang rumah.
“Menyedari mangsa tidak pulang untuk makan tengah hari, ahli keluarga bertindak mencari mangsa tetapi tidak menjumpainya.
“Waris mangsa kemudiannya terus pergi ke belakang rumah dan menemui mangsa di dalam perigi,” katanya ketika dihubungi Astro Awani.
Jelas Shamsudin, pihaknya tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam hasil pemeriksaan pada tubuh badan mangsa dan kawasan sekitarnya.
Sehubungan itu, kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut. Setakat ini, mayat mangsa dilaporkan telah dihantar ke Hospital Alor Setar untuk menjalani sesi bedah siasat.
BACA: Baru Perasan, Rekaan Bumbung Plaza Tol PLUS Rupanya Berbeza-beza, Ini Alasannya
Sumber: Astro Awani