Siakap Keli
benda best kat johor
Gambar hiasan | Bernama

Ini 5 Benda Buat Nampak ‘Terpaling’ Johor, Barulah ‘JB Style’

Kalau korang tinggal kat Johor, ini lima benda best yang buat korang nampak ‘terpaling Johor’, barulah ‘JB Style’ namanya

SEBUT pasal Johor, automatik terbayang dalam kepala korang team bola sepak diorang kan? Siapa je tak kenal JDT, satu dunia dah tahu. Malah kalau cari pasal Johor kat Google pun, orang mesti akan jumpa JDT dulu kan?

Selain JDT, rupanya Johor ni ada banyak lagi benda best yang tak jumpa kat negeri lain. Senang kata kalau korang duduk kat Johor sekalipun, korang dianggap ‘tak cukup Johorean’ kalau belum terkait dengan empat lagi benda min nak sebut ni.

Kat Johor ada satu air yang cukup unik, iaitu air kathira. Air ni paling dicari-cari ketika bulan Ramadan tau! Selain tu, tak sahlah jadi orang Johor kalau tak makan nasi beriani dia. Padu mat, resipi, rasa & kesedapan dia jauh beza dengan nasi beriani lain.

Satu lagi benda korang kena tahu, style orang Johor bercakap, diorang suka guna ‘tapi’ tu kat belakang ayat. Kalau kita ayat biasa, ‘Nak makan, tapi tak lapar’. Beza cara orang Johor, ‘Nak makan, cuma tak lapar laa tapi’. Eh boleh pulak terbalik gitu eh?

Haa tapi korang nak tak kalau kesemua benda ‘terpaling Johor’ yang min sebut tadi dapat merasa serentak?

Jumpa JDT sambil minum air kathira & makan beriani, kat Toppen la tapi 

Ya, kali ni korang memang betul-betul jadi orang Johor bila dapat berjumpa pemain-pemain JDT depan mata, sambil isi perut makan nasi beriani Batu Pahat padu & layan tekak minum air kathira sejuk-sejuk di pusat beli-belah Toppen, Johor Bahru!

Untuk pengetahuan korang, Toppen kini tengah menyambut ulang tahun penubuhannya yang keempat bermula 1 November haritu selama sebulan. Jadi memang banyaklah aktiviti menarik menanti korang khususnya yang ‘terpaling Johor’ ni!

Festival Topp Fest sambutan ulang tahun ke-4 Toppen

Buat yang belum kenal, Toppen ni sebenarnya dah lama dah jadi hub aktiviti untuk orang Johor, lebih-lebih lagi belah Johor Bahru sana. Yang best nya ia bukan mall untuk beli barang je semata-mata tau, tapi lebih kepada penuhi gaya hidup korang.

Jadi untuk ulang tahun kali ni, korang boleh rasai bermacam-macam aktiviti best macam Mega Weekdays Deal, e-baucer RM10, parkir percuma, bazar makan-makan, Splash Run dan banyak lagi! Meh min cerita satu persatu apa yang korang boleh buat.

Mega Weekday Deals – Nikmati peluang berbelanja dengan harga bajet serendah RM10 dan RM20 di 17 premis makanan & minuman (F&B) terpilih kat dalam Toppen hanya ketika dalam tempoh hari bekerja.

Gambar: Toppen

Premis yang terlibat ialah Sevn Restaurant, Corner 61, Molten Chocolate, Euforia Italian Ice Cream, Kluang Station Heritage Shared, MST Golf Arena, Gogirou, Kyochon, Cheezuto, Lava Leur, Siong Tong Gai, Fish & Co, Starbucks, Marrybrown, BarBQ Plaza, Taiwanese Feng, Food Empire dan banyak lagi!

Antara tawaran menarik menanti korang
Antara tawaran menarik menanti korang
Antara tawaran menarik menanti korang
Antara tawaran menarik menanti korang

Food Festivals – Sinilah port paling tepat korang boleh nikmati pelbagai makanan menarik yang dijual kat bazar makanan. Macam-macam ada, cuma bermula 10 sampai 13 November la tapi. Jangan risau, tak sempat ke bazar, korang terjah je mana-mana F&B ketika weekday macam min sebut kat atas tadi. Murah dah.

Suasana di Food Festivals
Suasana di Food Festivals
Suasana di Food Festivals

Jumpa pemain JDT – Temui pemain-pemain JDT kesayangan korang di Toppen pada 16 November ini. Yang best nya JDT buka Galeri JDT di Toppen, jadi korang yang mana peminat-peminat tegar kelab itu bolehlah cuci mata puas-puas tengok koleksi piala JOHOR Southern Tigers tu!

Splash Run – Tak cukup seronok ke Toppen kalau tak sertai Splash Run yang dianjurkan pada 18 November ni nanti! Ajaklah sekali ahli keluarga, kawan-kawan sama-sama berlari dalam aktiviti ni. Kalau nak daftar boleh klik kat SINI.

Suasana aktiviti Splash Run. Meriah!
Suasana aktiviti Splash Run. Meriah!
Suasana aktiviti Splash Run. Meriah!

Festival Hab Hab Hooray – Siapa orang Johor yang suka benda-benda seni dan sejarah patut datang nanti, festival dia berlangsung dari 24 sampai 26 November je.

e-Baucar RM10 – Nikmati juga e-baucar bernilai RM10 untuk apa-apa jenis pembelian kat Toppen ni.

Parkir PERCUMA – Haa benda percuma macam ni memang ramailah yang suka. Sepanjang sebulan kat event ni, korang punya parking memang dah ditanggung percuma. Tak payah pening nak jimat, tinggal nak datang jela tapi.

Banyak tawaran menarik lain – Tak cukup dengan tu, sebenarnya ada banyak lagi tawaran lain yang menarik disediakan oleh beberapa premis perniagaan lain kat Toppen tu macam Decathlon, Nitori, TGV Cinemas, Lulu Grocer dan IKEA Tebrau!

Jadi janganlah sia-siakan peluang terbaik untuk ‘menyelam’ kat dalam Toppen selama sebulan bermula 1 November bagi menikmati pelbagai aktiviti menarik!

Jadi kalau nak tahu lebih lanjut aktiviti menarik di Toppen sempena ulang tahunnya keempat ini boleh la follow FACEBOOK TOPPEN sekarang!

BACA JUGA: JDT Jalin Kerjasama Dengan IKEA Dan Pusat Beli Belah Toppen

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'