Siakap Keli
JDT Ikea Toppen
Kredit Facebook/ JOHOR Southern Tigers

JDT Jalin Kerjasama Dengan IKEA Dan Pusat Beli Belah Toppen

JDT Jalin Kerjasama Dengan IKEA Dan Pusat Beli Belah Toppen

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada hari ini telah mengesahkan bakal menjalinkan kerjasama dengan IKEA Tebrau dan Pusat Beli-Belah Toppen.

Kerjasama itu bertujuan untuk menyemarakkan minat terhadap bola sepak dan memperkukuh hubungan komuniti dalam persekitaran bola sepak di Johor.

Selain itu, pusat beli-belah Toppen juga bakal menjadi destinasi kepada penyokong kelab yang khusus di atas bumbung terbuka pusat beli belah tersebut.

“The Topp yang dijadualkan dibuka pada awal 2024 akan menampilkan gudang barangan. Ia termasuk ruang yang direka khusus untuk penyokong JDT berhimpun di luar stadium,” tulis kenyataan yang dikeluarkan oleh Johor Southern Tigers di Facebook mereka.

Toppen juga akan mendapatkan hak penyiaran secara langsung

Dalam pada itu, Toppen juga dikatakan sedang dalam proses untuk mendapatkan hak penyiaran secara langsung kesemua perlawanan yang melibatkan kelab JDT.

Hak penyiaran itu sekaligus akan menjadikannya satu-satunya destinasi di Johor selain Stadium Sultan Ibrahim untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Sementara itu, IKEA Tebrau juga dikatakan sedang memuktamadkan konsep unik bagi menawarkan penyokong untuk menikmati menu makanan kegemaran di IKEA.

Penyokong juga bakal menikmati peluang untuk mendapatkan inspirasi perabot rumah di Stadium Sultan Ibrahim.

Kerjasama dengan IKEA tersebut juga merangkumi reka bentuk kawasan-kawasan penting di Stadium Sultan Ibrahim.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

“Kerjasama ini juga merangkumi penyelesaian reka bentuk IKEA untuk Business bagi kawasan-kawasan penting di Stadium Sultan Ibrahim. Ia juga sebagai promosi khas untuk penyokong Harimau Selatan di IKEA Tebrau,” tambah kenyataan itu lagi.

Kerjasama itu adalah selaras dengan wawasan yang dikongsi oleh ketiga-tiga pihak tersebut.

Di mana, ia merupakan sebagai galakan untuk komuniti menjalani gaya hidup yang aktif dengan menjadikan sukan dan rekreasi lebih mudah untuk diakses.

BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil 

Sumber: Facebook/ JOHOR Southern Tigers

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka