Siakap Keli
Gambar: itsalifsatar via TikTok

Alif Satar Kongsi Tip Bagi Yang Baru Mula Nak Joging

Alif Satar Kongsi Tip Bagi Yang Baru Mula Nak Joging

Kebanyakan orang gemar menjadikan aktiviti berjoging sebagai satu aktiviti harian mereka. Ada yang berjoging di waktu pagi, ada di waktu petang dan kadang-kadang, ada juga yang berjoging pada waktu malam.

Mereka juga mempunyai target larian mereka sendiri dan kebiasaannya mereka akan fokus kepada jarak larian. Kalau dah biasa berjoging, berlari untuk 5 kilometer mesti tidak akan menjadi masalah. Tetapi, bagi yang baru saja bermula untuk berjoging, anda tidak digalakkan untuk terus melalukan larian jarak jauh seperti itu.

Penyanyi terkenal di negara kita, Alif Satar, telah berkongsi tip untuk anda yang baru saja mula berjoging. Dalam video TikTok yang dimuat naik olehnya, Alif tidak menyarankan individu yang baru bermula untuk joging, untuk meletakkan target yang besar.

“Kalau korang baru nak start lari, nak start joging, nak start live active, korang tak perlu nak letak target yang besar.

“Kononnya, korang bangun pagi, lepas tu korang rasa ‘Harini aku nak lari 5km’. Tak payah,” tambahnya lagi.

30 Minit Untuk Berjoging

Menurut Alif, daripada anda membuat larian mengikut jarak, adalah lebih baik untuk anda tetapkan masa larian.

What you do is, korang letak time je. ‘Harini, aku nak lari 30 minit’. And then, orang cakap, enjoy the process,” katanya.

Kata Alif, maksud menikmati proses larian anda itu ialah, apabila anda perlahan-lahan meningkatkan jarak larian anda dengan masa yang anda telah tetapkan itu. Mula-mula, dalam masa 30 minit, anda mungkin hanya dapat berjoging sejauh satu atau dua kilometer (km). Tetapi, apabila anda lakukan setiap hari, jarak itu mungkin berubah.

“Minggu pertama 30 minit, korang lari dua km je. Datang minggu yang kedua, tiba-tiba 30 minit tu, korang boleh lari tiga km. Three months down the road, korang boleh lari empat km. Tiba-tiba, one year, 30 minit korang boleh lari enam km.

“Korang enjoy badan korang makin lama, makin power. Tiap hari, makin laju. Ni Alif pernah cakap ni, it doesn’t get any easier, it’s you that gets better,” kata Alif untuk membakar semangat orang ramai.

Menurut apa yang dikongsikan oleh Alif Satar, jangan letak target terlalu tinggi. Anda berlari 30 minit saja sudah mencukupi.

It’s the time, not the distance and enjoy the fitness process,” katanya.

Begitulah perkongsian oleh Alif Satar. Jadi, sesiapa yang mahu bermula untuk berjoging, bolehlah mengikut tips daripada Alif ini.

Ini boleh membantu anda untuk tidak memaksa diri anda untuk melakukan larian dengan jarak yang jauh. Silap-silap kaki anda boleh rasa ‘terkejut’ sebab tiba-tiba saja berlari jarak jauh.

Ingat, badan kita perlukan masa untuk menyesuaikan diri untuk sesuatu rutin itu. Rutin larian 30 minit ini boleh digunakan untuk anda. Semoga anda berjaya!

@itsalifsatar

30minit.. Buat tu je dulu💯👍🏽 #FitnessTips #RunningTips #ActiveLifestyle #alifsatarsong

♬ original sound – alifsatar – alifsatar

Sumber: itsalifsatar via TikTok

BACA JUGA: Alif Satar Kongsi Rutin Harian Sihat 30 Minit Sebelum Subuh

Nurul Alya