Siakap Keli
kembar maut perjalanan kerja
Kredit: Sinar Harian

Pasangan Kembar Maut Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

Pasangan Kembar Maut Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

SHAH ALAM, 21 Nov (Bernama) — Sepasang kembar lelaki berusia 18 tahun maut dalam kemalangan di Jalan Rezab Derahman, Jeram dekat sini ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin berkata kejadian yang berlaku kira-kira 11.50 pagi itu mengakibatkan kedua-dua pemuda itu cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan mendapati motosikal yang dinaiki pasangan kembar itu cuba memotong sebuah van yang berada di laluan sama, bagaimanapun, van tersebut membelok ke kanan dan menyebabkan mangsa terlanggar bucu depan sebelah kanan van itu lalu hilang kawalan dan terbabas,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata pasangan kembar itu menetap di Jeram dan bekerja sebagai penghantar barang sebuah syarikat kurier di Puncak Alam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang bagi proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Beberapa hari lalu, media melaporkan berkenaan penemuan seorang bayi lelaki tanpa seurat benang dipercayai baru dilahirkan dalam bungkusan plastik di tepi jalan Pjs 9/1 Bandar Sunway, Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya telah menerima panggilan daripada anggota bertugas ronda cegah jenayah Balai Polis Bandar Sunway berkenaan penemuan tersebut pada pukul 1.25 tengah hari.

“Bayi tersebut dijumpai dalam bungkusan plastik yang ditinggalkan di tepi jalan dan masih bernyawa. Semasa dijumpai orang awam, bayi tersebut tidak berpakaian dan masih bertali pusat serta uri,” katanya.

Sumber: BERNAMA

BACA: Pasangan Kembar Siam Tertua Meninggal Dunia Di Usia 68 Tahun

Nurhanis

Sebahagian bahagia juga melepaskan