Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Sebuah Lagi Sekolah Antarabangsa Terima Ancaman Bom

Nurhanis
sekolah terima ancaman bom
Kredit: BERNAMA

Sebuah Lagi Sekolah Antarabangsa Terima Ancaman Bom

GEORGE TOWN, 22 Nov (Bernama) — Sebuah sekolah antarabangsa di Batu Ferringhi dekat sini membuat laporan polis kerana menerima ancaman bom menerusi e-mel.

Ia menjadikan tiga buah sekolah antarabangsa di negeri ini menerima ancaman ugutan bom.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt V.Saravanan berkata sekolah itu menerima ancaman bom menerusi e-mel pada 9.42 pagi semalam namun membuat laporan polis pada 9.22 pagi hari ini.

“Sekolah itu telah terima satu e-mel daripada individu tidak dikenali mengatakan bahan letupan telah ditanam di sekolah,” katanya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata polis menerima 19 laporan mengenai ancaman bom palsu yang dihantar menerusi e-mel ke beberapa buah sekolah swasta dan kerajaan di seluruh negara.

Tujuh laporan dibuat di Selangor, Kuala Lumpur (5), Johor (3), Pulau Pinang (2) dan masing-masing satu di Perak dan Negeri Sembilan.

Ancaman itu dihantar melalui dua akaun e-mel menggunakan nama ‘taktstorer’ yang bermaksud ‘pengganggu ketenteraman’ dalam bahasa Jerman daripada penyedia perkhidmatan e-mel beeble.com.

Sebelum ini, polis mengesahkan menerima satu lagi laporan ancaman bom di sebuah sekolah antarabangsa Kajang kira-kira 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata e-mel ancaman bom itu bertarikh 21 Nov, namun hanya disedari pihak sekolah awal pagi ini.

Sumber: BERNAMA

BACA: Polis Terima Satu Lagi Ancaman Bom Sekolah Antarabangsa