Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hebat, Satelit Terkecil Di Dunia Buatan Malaysia Dilancarkan Ke Orbit Februari 2024

Syed Faisal Sayed Muhammad
Satelit terkecil dunia
Kredit Facebook/Izmir Yamin

Hebat, Satelit Terkecil Di Dunia Buatan Malaysia Dilancarkan Ke Orbit Februari 2024

Satelit terkecil di dunia buatan Malaysia dilapor akan dilancarkan ke orbit Bumi pada Februari 2024 tahun hadapan.

Perkara itu diumumkan oleh pemilik syarikat yang menghasilkan satelit tersebut, Indepencde X Aerospace, Izmir Yamin di laman Facebook miliknya.

“Selepas bertahun-tahun bekerja keras, kami teruja untuk mengumumkan bahawa Independence X Aerospace akan melancarkan Satelit Terkecil Di Dunia buatan Malaysia ke orbit bumi pada Februari 2024,” tulis Izmir Yamin menerusi hantaran tersebut.

Tambahnya, sebanyak tiga buah satelit akan dihantar ke orbit bumi dalam misi pelancaran tersebut.

Sebelum ini, kontrak Perjanjian Perkhidmatan Pelancaran (LSA) secara rasmi telah ditandatangani pada Mac 2023 lalu.

Kredit Facebook

Kontrak itu telah ditandatangani bersama syarikat Pelancar Persendirian India, Skyroot Aerospace Limited.

Selain itu, European Cooperation untuk Piawaian Angkasa atau ECSS turut digunakan pada satelit tersebut.

“Kontrak LSA rasmi telah ditandatangani pada Mac 2023 lalu dengan syarikat Pelancar Persendirian India, Skyroot Aerospace Limited. Kami telah menggunakan ECSS pada satelit kami,” terang Izmir lagi.

Menurutnya, selepas demonstrasi teknologi selesai, sasaran pelancaran satelit ini adalah untuk menyediakan konstelasi penuh dengan keupayaan telemeteri jarak jauh yang meluas.

“Pelancaran ini akan mengubah keupayaan UAV kami kepada Super Drone. Satu-satunya di dunia yang mempunyai keupayaan Long Range – And High Endurance dan ditawarkan pada hujung jari sektor komersial,” katanya.

Tambahnya, sekiranya pelancaran tersebut berjaya pada tahun hadapan, syarikat tersebut akan merekodkan beberapa pencapaian yang membanggakan.

Antaranya adalah, satelit Malaysia pertama yang direka bentuk sepenuhnya melalui kajian dan pembangunan dari awal. Ia juga bakal menjadi konstelasi satelit Malaysia pertama yang dilancarkan dalam satu penerbangan tunggal.

Selain itu, satelit ini juga menjadi adalah satelit terkecil di dunia yang berukuran 35mm, lebih kecil daripada Pocket (50mm) atau Cubesat (100mm).

Sementara itu, syarikat tersebut juga akan menjadi yang pertama menyumbang kepada teknologi Standard Warisan Penerbangan dunia bagi Satelit Femto dan teknologinya.

Sumber: Facebook/Izmir Yamin