Siakap Keli
roslan madun 'lemak manis'
Gambar: Facebook Roslan Madun

Lagu ‘Lemak Manis’ Kembali Dapat Perhatian, Roslan Madun Ucap Terima Kasih

Lagu ‘Lemak Manis’ Kembali Dapat Perhatian, Roslan Madun Ucap Terima Kasih

“Sopan-santun..Anak Melayu..Senyum terukir..Senyum terukir bila disapa.”

Siapa menyangka lagu ‘Lemak Manis’ yang dinyanyikan oleh Roslan Madun, 70, terpaksa ‘menunggu’ selama 40 tahun sebelum  mula menjadi perhatian ramai.

 ‘Lemak Manis’ Kembali Angkat Roslan Madun

Beliau dalam satu perkongsian di Facebook rasmi meluahkan ucapan terima kasih kepada individu yang mengangkat kembali lagunya (Lemak Manis) sejak kali pertama dinyanyikan sekitar 1980.

“Kalau Bell Ngasri tunggu 37 tahun untuk dapat gelaran ‘popular’, lagu ‘Lemak Manis’ pula tunggu 40 tahun untuk dikenali dan mendunia. 40 tahun kerana Roslan Madun mula menyanyikannya sekitar 1980, dirakam dalam studio pada 2002.

“Terima kasih buat individu dan kumpulan di luar sana seperti Haziq AF, Wak Jeng, Bulan Bintang, Beto Khusairy dan mereka yang mencetus #lemakmanisdancechallenge,” tulisnya di platform tersebut.

BACA JUGA: Mawar Rashid & Raf Yaakob Sahkan Setuju Berpisah Atas Dasar Tiada Persefahaman

Menerusi challenge tersebut, lagu dendangan beliau semakin menambat hati ramai tidak mengira peringkat usia dengan pelbagai gaya, irama, alat muzik dan cara.

“Dan terbaru adik Arfa Adwa yang kini sedang tular merata-rata. Turut dihargai stesen radio PahangFM, GegarFM Pantai Timur, KlasikFM, JohorFM, RRI, TVRI, dan beberapa lagi stesen lain yang sering memutarkan lagu ‘Lemak Manis,” maklumnya lagi.

Tambahnya lagi, rezeki seperti datang mencurah-curah apabila dia sering dijemput oleh para penganjur bagi membuat persembahan di dalam negara mahupun luar negara.

Lebih-lebih lagi, jemputan yang diterima Roslan melibatkan majlis kecil dan besar tidak kira di kawasan terpencil mahupun megah.

Dalam perkongsian tersebut, beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kerana melahirkan puisi trasional Komponen Sastera (KOMSAS) Roslan Madun.

“Setinggi penghargaan juga buat KPM yang melahirkan puisi tradisional KOMSAS Roslan Madun.

“Tak lupa juga kepada anda semua yang turut menikmati ‘Lemak Manis’ tak kira masa dan lokasi, baik di bibir atau di hujung jari.

“Jangan lupa lagu-lagu Roslan Madun seperti Seloka Pak Kaduk, Burung Kenek-Kenek, Menghilir di Sungai Pahang, Tebang Tebu, Seloka Emak Si Randang, Wau Wau Pepeh dan banyak lagi boleh diangkat dan diketengahkan.

“Sama-sama kita kecapi saat ini, saat lagu Melayu tradisional mendapat tempat di hati,” katanya di Facebook.

Sumber: Roslan Madun Rasmi

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?