Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tarif Air Domestik Di Perak Bakal Naik, MB Jamin Tak Bebankan Rakyat

Syed Faisal Sayed Muhammad
Tarif air Perak naik
Kredit Sinar Harian

Tarif Air Domestik Di Perak Bakal Naik Pada Tahun Hadapan

Selaras dengan usaha kerajaan melakukan semakan semula industri bekalan air di negara ini, kerajaan negeri Perak dilaporkan akan menaikkan kadar tarif air di negeri tersebut.

Memetik Sinar Harian, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata bahawa kenaikan kadar baharu itu adalah perlu dilakukan.

Ia dibuat selepas mengambil kira semakan terakhir terhadap tarif air yang dilakukan di negeri itu lebih 30 tahun lalu.

Bagaimanapun, kenaikan itu akan dipastikan oleh kerajaan negeri agar tidak membebankan rakyat.

“Kita akan berlaku adil terhadap kedua-dua pihak iaitu pengguna dan operator. Sebab dalam hal ini, operator juga memerlukan wang untuk menguruskan bekalan air di negeri.

“Jadi kita tidak akan membebankan rakyat, memadai kita akan cuba sedaya upaya untuk berlaku adil kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Saarani selepas merasmikan Laman Perak Sejahtera di Taman Agroteknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysa (Mardi).

Program anjuran Mardi itu telah diadakan di Bagan Datuk pada pagi tadi.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.

Selain itu, perasmian itu turut diiringi oleh Pengarah Mardi Perak, Zaiha Zeeti Mohamad Yusob.

Katanya, taklimat berhubung dasar air negara dan semakan semula tarif air seluruh negara telah dibentangkan dalam Mesyuarat Exco pada Rabu lalu.

Taklimat itu telah dilakukan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Menurut Saarani, buat masa ini peratusan kenaikan tarif air masih belum dimuktamadkan oleh kerajaan negeri.

“Ketetapan di setiap negeri ini berbeza-beza, jadi kita akan buat kajian terlebih dahulu untuk melihat berapa kadar kenaikan yang perlu,” katanya.

Menerusi semakan di laman rasmi Lembaga Air Perak (LAP), tarif air domestik yang dikenakan ketika ini adalah RM0.30 bagi penggunaan sifar hingga 10 meter padu (m³), RM0.70 (11-20m³) dan RM1.03 (lebih 20m³) dikenakan ke atas pengguna.

BACA: “Hari Yang Naif Menjadi Geliga…”, Tular Ucapan Penuh Puitis VC UPSI, Buat Ramai Sebak

Sementara itu, laporan media sebelum ini melaporkan bahawa tarif air domestik di semua negeri akan mula disemak pada awal tahun hadapan.

Semakan itu dikatakan akan menyaksikan kenaikan tarif air bagi menampung kos operasi yang tidak lagi mampu ditanggung oleh operator. Terutamanya dalam menguruskan operasi bekalan air di setiap negeri.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Azmi, berkata bahawa semakan tarif air itu telah dipersetujui oleh semua kerajaan negeri.

Semakan itu dipersetujui selepas ada antara beberapa negeri yang terbabit dikatakan tidak pernah dikaji semula sehingga 40 tahun.

Sumber: Sinar Harian