Siakap Keli
permaisuri lengan jubah graduan
Kredit: @uitm_channel/TikTok

‘Untunglah…’, Graduan Tersipu Malu Lepas Permaisuri Betulkan Lengan Jubah

‘Untunglah…’, Graduan Tersipu Malu Lepas Permaisuri Betulkan Lengan Jubah

Biasanya apabila tiba hari penting dalam kehidupan seperti majlis tamat pengajian, mesti ada beberapa perkara yang tidak diingini berlaku.

Hari yang kita mahukan ia menjadi sempurna tidak berjalan seperti yang dirancang malah masalah baharu pula mula timbul.

Sebagai contoh ketika hari konvokesyen, kalau boleh mesti nak gambar di atas pentas cantik, jubah yang dipakai tidak nampak kedut, muka berseri dan lain-lain.

Pun begitu, kadang-kadang kita tidak akan perasan dengan masalah seperti tudung senget dan sebagainya kerana masing-masing sibuk dengan diri sendiri.

Tetapi, jika rakan-rakan yang perasan dengan perkara itu mesti mereka dengan pantas membetulkannya agar terlihat cantik di lensa kamera.

Permaisuri betulkan jubah graduan

Misalnya, seperti yang berlaku pada salah seorang graduan Universiti Teknologi MARA (UiTM) di mana Tengku Permaisuri Selangor, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin membetulkan jubah yang terlipat di bahagian lengan lelaki tersebut.

Detik manis itu telah dirakam melalui lensa kamera UiTM (@uitm_channel) yang memaparkan Baginda Tengku Permaisuri Norashikin mengambil masa dalam beberapa saat membuka lipatan jubah di lengan graduan.

Graduan tersebut kemudiannya tersipu malu kerana tidak mengetahui bahawa jubah di lengannya terlipat sehinggalah Baginda Tengku Permaisuri Norashikin yang membetulkannya.

Kredit: @uitm_channel/TikTok

Lipatan di lengan itu boleh dilihat ketika graduan tersebut berdiri menunggu nama dipanggil untuk menerima skrol.

Perkara itu kemudiannya menjadi topik bualan dalam kumpulan WhatsApp graduan, di mana rata-rata rakannya bercakap tentang detik itu.

“Untunglah Permaisuri betulkan lengan jubah,” kata rakannya.

Graduan itu dengan nada bergurau berkata dia tidak mahu memulangkan jubah tersebut kerana mempunyai kenangan manis bersama dengan Baginda Tengku Permaisuri Norashikin.

“Haha, saya tidak akan pulangkan jubah ini. Simpan buat kenangan,” jelasnya.

BACA: Ajak Tengku Permaisuri Pandang Kamera, Pemuda Dapat Gambar Konvo Cantik

“Ramai yang buat macam ni nanti…”

Menjengah di ruangan komen, ramai yang mengatakan detik tersebut sangat manis kerana ia menunjukkan Baginda Tengku Permaisuri Norashikin memiliki sifat yang mulia.

Ramai juga yang bergurau mahu melipat lengan jubah supaya Baginda Tengku Permaisuri Norashikin membetulkan lipatan tersebut.

“Nanti masa konvokesyen, nak pakai jubah terbalik,” kata salah seorang warga maya.

“Lepas ini ramai buat lipat jubah,” ujar netizen.

“Untungnya,” puji warga maya lagi.

@uitm_channel

Sweet moment sidang 4 #istiadatkonvokesyenuitm98 #uitmdihatiku #konvo98

♬ original sound – Universiti Teknologi MARA – Universiti Teknologi MARA

Sumber: @uitm_channel/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.