Siakap Keli
Jeda kemanusiaan di Gaza
Kredit BERNAMA

Jeda Kemanusiaan Di Gaza Bermula

Jeda Kemanusiaan Di Gaza Bermula

ISTANBUL, 24 Nov (Bernama-Anadolu) — Jeda kemanusiaan selama empat hari antara tentera Israel dan Hamas berkuat kuasa pagi Jumaat di semua wilayah Semenanjung Gaza dengan serangan dihentikan seketika manakala bantuan kemanusiaan mula disalurkan.

Menurut Agensi Anadolu (AA), jeda kemanusiaan bermula pada 7 pagi waktu tempatan (0500GMT) (12 tengah hari Waktu Malaysia).

Angka korban membabitkan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza meningkat kepada 14,854 sejak 7 Okt lepas, menurut pejabat media kerajaan tempatan pada Khamis.

Mereka yang terkorban termasuk 6,150 kanak-kanak dan lebih 4,000 wanita manakala lebih 36,000 orang lagi cedera.

BACA: Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen

Sumber: BERNAMA-ANADOLU

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka