Siakap Keli
Kad Sim panggilan telefon
Kredit: Astro Awani

Antara Benda Yang Wajib Ada Dalam Telefon, Kenali Kad Sim Yang Ada Macam-macam Jenis

Antara Benda Yang Wajib Ada Dalam Telefon, Kenali Kad Sim Yang Ada Macam-macam Jenis

Telefon bimbit adalah salah satu peranti yang wajib ada pada setiap manusia. Malah, kanak-kanak juga turut didedahkan dengan peranti tersebut sejak awal usia.

Pada tubuh peranti tersebut, terdapat pelbagai kompenan penting yang memastikan telefon bimbit dapat berfungsi. Salah satunya adalah kad SIM, yang membolehkan sambungan data internet dan panggilan dapat dijalankan.

Walaupun komponen ini bersaiz sangat kecil, namun kepentingannya dalam era digitalisasi kini tidak dapat dinafikan.

Tanpa kehadiran kad SIM, kita tidak dapat membuat panggilan kepada pengguna lain. Bukan itu sahaja, beberapa aplikasi pada masa kini menggunakan nombor telefon yang tertera pada kad SIM untuk tujuan pengesahan.

Namun, kita tidak pernah tahu apa yang dimaksudkan dengan SIM. SIM merujuk kepada singkatan bagi Modul Identiti Pelanggan (Module Identity Suscriber).

Bahagian ini merupakan bahagian paling penting dalam mana-mana telefon bimbit. Dalam beberapa negara, kad SIM turut dikenali sebagai ICC (Kad Litar Integrasi) dan UICC (Kad Litar Integrasi Universal).

Dalam bahasa yang lebih mudah, kad SIM adalah cip memori kecil mudah laih yang digunakan untuk menyimpan maklumat pengguna telefon.

Identiti pengguna akan menggunakan kod 16 digit atau kod 17 digit. Kod digit ini dapat mengenalpasti maklumat seperti negara, pemberi perkhidmatan dan nombor telefon pengguna.

Kad SIM juga memiliki pelbagai saiz

Untuk makluman, kad SIM Cards boleh didapati dalam tiga saiz iaitu Standard, Mikro, dan Nano.

Berdasarkan saiz-saiz ini, saiz Standard merupakan bentuk asal kad tersebut manakala dua lagi saiz diperbuat dengan membuang bahagian plastik yang berlebihan pada kad berkenaan.

Selain saiz, kad SIM juga memiliki pelbagai jenis. Antara jenis yang biasa ditemui adalah jenis GSM dan CDMA.

GSM mewakili istilah Global System for Mobiles. Jenis Kad SIM ini boleh dialih dan dimasukkan ke dalam mana-mana telefon pintar.

Manakala, CDMA bermaksud Code Division Multiple Access dan jenis ini tidak boleh dialihkan daripada telefon asal.

Namun pada masa ini, terdapat jenis kad SIM baru diperkenalkan iaitu eSIM. eSIM merupakan singkatan kepada Embedded SIM.

Berbeza dengan kedua-dua jenis kad SIM sebelum ini, tiada cip fizikal yang akan diletakkan dalam telefon pintar.

Sebaliknya, satu cip kecil dipasang di dalam telefon dan berfungsi sebagaimana cip NFC berfungsi. Anda juga boleh menukar operator perkhidmatan kerana maklumat dalam eSIM boleh ditulis semula.

BACA: Rupanya Tak Sama, Ini Cara Nak Tanam Untuk Dapatkan Sama Ada Daun Bawang Atau Bawang Sahaja

Sumber: Mobile Phone Repairing 

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma