Siakap Keli
tiga ekskavator berkelahi
Kredit: Instagram

Dah Macam Transformer, Viral Tiga Ekskavator ‘Berkelahi’ Tengah Kebun Raih Tumpuan Ramai

Dah Macam Transformer, Viral Tiga Ekskavator ‘Berkelahi’ Tengah Kebun Raih Tumpuan Ramai

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tiga buah mesin pengorek atau excavator ‘bergaduh’ sesama sendiri baru-baru ini.

Dianggap sebagai video Transformers versi darkweb oleh segelintir warga maya, ketiga-tiga jentera ini saling ‘bertelagah’ sehingga salah satu lawannya terbalik.

Menurut laporan detikSumut pada hari ini, pertelagahan antara tiga jentera berat itu berlaku di tengah kebun kelapa sawit di Siak, Riau.

Pergaduhan yang disifat luar biasa itu dipercayai berpunca daripada konflik yang berlaku antara dua buah perusahaan kelapa sawit di kawasan berkenaan.

Dalam video berdurasi pendek itu, dua jentera berat telah ‘bertarung’ menentang sebuah lagi jentera di tengah-tengah jalan tanah merah.

Viral tiga ekskavator berkelahi tengah kebun, curi tumpuan ramai

Pertarungan antara jentera-jentera berat tersebut dipercayai berlaku di sebuah kebun kelapa sawit yang berusia sekitar lapan hingga 12 tahun.

Semasa pertarungan tersebut, salah satu jentera berat itu tidak berganjak sedikit pun walaupun diasak bertubi-tubi oleh pihak lawan.

Ketika mesin-mesin pengorek tersebut saling ‘bercakaran’ antara satu sama lain, kedengaran suara orang ramai yang bersorak, dipercayai memberi sokongan kepada ‘pasukan pilihan’ masing-masing.

Malangnya, mesin penggorek berwarna kuning dilaporkan ‘rebah’ dan ‘kejatuhan’ tersebut diiringi jeritan orang ramai di sekitar lokasi.

Walaubagaimanapun, pergaduhan tersebut berlaku bukan kerana ekskavator itu bergerak sendiri, sebaliknya dikendali oleh manusia.

Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dan pertelagahan dapat diselesaikan dengan baik

Dalam pada itu, Ketua Polis Siak, Asisten Komisaris Polis Asep mengesahkan bahawa kejadian tersebut berlaku.

Jelasnya, kejadian pergaduhan luar biasa melibatkan jentera-jentera berat itu berlaku pada dua minggu lepas.

“Memang ada kejadian ini. Dua minggu yang lalu,” tegas Asep ketika dihubungi media tempatan.

Sungguhpun begitu, Asep tidak menjelaskan keterangan berkenaan kejadian tersebut secara terperinci. Malah, beliau hanya meminta semua pihak yang bertelagah untuk bertenang dan tidak bertindak agresif.

“Alhamdulillah, masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. Kami juga memberi amaran kepada semua pihak agar masing-masing dapat mengawal diri dan tidak bersifat agresif,” ujarnya.

Tindakan pengendali kepada ketiga-tiga ekskavator itu merupakan tindakan yang sangat bahaya dan orang awam diingatkan mengelak daripada melakukan tindakan yang serupa.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: detikBali

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma