Siakap Keli
jururasa kaki ayam
Kredit Cook Chinese Foods

Syarikat Ini Tawar Kerja Kosong Tukang Rasa Juadah Kaki Ayam, Gaji Hampir RM13,000

Syarikat Ini Tawar Kerja Kosong Tukang Rasa Juadah Kaki Ayam, Gaji Hampir RM13,000

Iklan jawatan kosong sebuah syarikat di China sebagai jururasa kaki ayam dilaporkan telah menjadi bualan ramai selepas menawarkan gaji yang lumayan untuk jawatan tersebut, lapor The Thaiger.

Syarikat makanan itu dipercayai berpangkalan di bandar Hangzhou, wilayah Zhejaing, China dan ingin merekrut pekerja bagi merasai pelbagai jenis perisa hidangan kaki ayam.

Difahamkan, calon yang terpilih dikehendaki untuk makan kaki ayam semasa sarapan pagi dan makan tengah hari. Pekerjaan itu akan dibayar dengan gaji yang lumayan iaitu antara 15,000 hinggan 20,000 yuan (RM9,700 hingga RM13,000).

Syarikat itu juga tidak menetap sebarang kriteria seperti had umur atau jantina yang boleh memohon jawatan berkenaan.

Walau bagaimanapun, calon mestilah memiliki pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun dan ada kepakaran khas berkaitan juadah kaki ayam.

Namun begitu, mereka yang tidak suka makan kaki ayam atau makanan pedas tidak digalakkan memohon.

Tukang rasa juadah kaki ayam, gaji RM13,000

Dalam pada itu, pemohon yang memiliki kelayakan tertentu seperti keupayaan untuk menerangkan tekstur dan rasa kaki ayam dengan jelas akan diberi keutamaan.

Selain itu, kriteria lain seperti menjadi penonton rancangan Chinese Food Ocharos, boleh berbahasa Cina Standard dan memiliki personaliti ektrovert juga akan diberi keutamaan.

Menurut laporan KhaoSod, syarikat itu juga mengutamakan calon yang memiliki kemahiran berkomunikasi dan mempunyai selera makan yang besar.

Iklan yang ditawarkan itu turut disahkan oleh wakil Bahagian Sumber Manusia syarikat berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Wu.

2,000 resume telah diterima untuk memohon jawatan itu

Sehingga kini, syarikat itu dikatakan telah menerima hampir 2,000 resume dan telah menyenarai pendek empat calon terakhir yang berkelayakan.

Proses pemilihan melibatkan dua pusingan temuduga, iaitu menilai kemahiran bercakap, pembentangan dan pengiklanan.

Ia kemudian diikuti dengan percubaan merasa kaki ayam di mana calon mesti makan kaki ayam tersebut dengan cara yang menyelerakan. Serta menerangkan dengan jelas tekstur dan rasa kaki ayam yang dirasainya.

Selepas melepasi pusingan pertama, ujian seterusnya akan menilai keupayaan calon berdepan dengan kamera. Calon mesti bersedia untuk menerangkan maklumat dan makan kaki ayam secara serentak.

Terang Wu, pakar jururasa makanan adalah merupakan orang penting dalam mempromosi makanan tersebut.

Calon yang terpilih juga harus boleh memberi cadangan untuk membantu syarikat memahami keperluan pengguna. Seterusnya, syarikat menggunakan data yang dikumpul untuk menambah baik dan membangunkan produk yang baharu.

BACA: Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen

Sumber: The Thaiger

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.