Siakap Keli
Yang Dipertua Negeri Melaka, Raja Puan Muda Perlis Terima Ijazah Kedoktoran Dari UM
Kredit: Bernama

Yang Dipertua Negeri Melaka, Raja Puan Muda Perlis Terima Ijazah Kedoktoran Dari UM

Yang Dipertua Negeri Melaka, Raja Puan Muda Perlis Terima Ijazah Kedoktoran Dari UM

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil hari ini dianugerahkan Ijazah Kedoktoran dari Universiti Malaya (UM).

Penganugerahan itu diisytiharkan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, merangkap Canselor UM pada hari pertama Istiadat Konvokesyen kali ke-63 universiti tersebut, hari ini.

Mohd Ali dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Sejarah dan Arkeologi dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial dengan tajuk penyelidikan “Peranan Kerajaan dalam Pemerkasaan Kepimpinan dan Sosioekonomi Belia di Malaysia, 1963-2013”.

Tuanku Hajah Lailatul Shahreen pula dianugerahkan Ijazah Kedoktoran Undang-Undang Syariah dari Akademi Pengajian Islam dengan tajuk penyelidikan “The Importance of Islamic Regal Leadership in Zakat Delivery to the Asnaf in Perlis”.

Terdahulu, Sultan Nazrin turut mengisytiharkan pelantikan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Zainun Ali (she) sebagai Pro-Canselor UM.

Menurut UM, pelantikan beliau berkuat kuasa sejak 1 Mac lepas.

Ketika ini, Zainun juga memegang jawatan Pengarah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd.

Istiadat Konvokesyen UM kali ini akan menganugerahkan ijazah dan diploma kepada 8,326 graduan dalam 15 sidang bermula hari ini hingga 2 Dis.

Daripada jumlah itu, 500 adalah graduan Ijazah Kedoktoran, 2,642 graduan Ijazah Sarjana termasuk Diploma Pascasiswazah Pendidikan, 4,186 graduan Ijazah Sarjana Muda dan 998 graduan Diploma Lanjutan, Diploma Eksekutif dan Diploma.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: Bernama

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma