Siakap Keli
gudang kopi melaka
Kredit: BERNAMA

Gudang Syarikat Kopi Tempatan Musnah Dalam Kebakaran Di Melaka

Gudang Syarikat Kopi Tempatan Musnah Dalam Kebakaran Di Melaka

MELAKA, 27 Nov (Bernama) — Gudang sebuah syarikat kopi tempatan musnah dalam kebakaran di Taman Teknologi Cheng, di sini malam tadi.

Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairul Nizam Mohamad Anuar berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.59 malam tadi, sebelum ke lokasi kejadian dan tiba empat minit kemudian.

Beliau berkata operasi memadam kebakaran gudang kilang kopi tersebut melibatkan 23 anggota dengan bantuan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dua Unit Bermotor Bomba (RIM) dan dua lori tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng, Melaka Tengah dan Tangga Batu.

BACA: (Video) Gudang Tentera Di Jordan Dilapor Meletup, Bunyi Kedengaran Sejauh 30km

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah gudang syarikat kopi tempatan yang berkeluasan 120 meter (m) x 60m telah terbakar hampir 90 peratus.

“Sehingga 8.40 pagi ini, operasi memadam kebakaran masih belum tamat dan antara masalah yang dihadapi pihak bomba ialah tekanan air yang rendah, menyukarkan usaha memadam kebakaran walaupun api berjaya dikawal pada 11.05 malam tadi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Khairul Nizam berkata tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: BERNAMA

BACA: Bayi Ditemukan Rentung Dalam Kebakaran Kereta

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.