Siakap Keli
bau rokok kereta
Kredit: Facebook

Dah Berhenti Tapi Bau Masih Tersisa? Ini Tips Untuk Hilangkan Bau Rokok Dalam Kereta

Dah Berhenti Tapi Bau Masih Tersisa? Ini Tips Untuk Hilangkan Bau Rokok Dalam Kereta

Merokok membahayakan kesihatan, bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada tubuh badan orang di sekeliling. Banyak sudah kajian dibuat dan membuktikan risiko asap rokok kepada pelbagai individu, terutamanya kepada ibu mengandung, janin dan bayi.

Jadi, menjelang 2024 ini, wajarlah mereka yang masih merokok memasang impian untuk berhenti daripada meneruskan perbuatan tidak sihat dan membahayakan itu di tahun baru nanti.

Dalam pada itu, jika anda perasan, bau asap rokok sebenarnya sangat kuat dan mudah melekat pada fabrik, kan? Misalnya pada sofa, langsir rumah atau lebih parah dalam kenderaan yang dipandu setiap hari.

Tentu anda pening kepala, macam mana hendak menghilangkan bau asap rokok dalam kenderaan, kan? Pelbagai jenis pewangi kenderaan sudah dipasang di dalam kabin, namun baunya tetap ada. Jadi, apa yang perlu dibuat?

Usah khuatir, kali ini kami akan kongsikan apa yang perlu dibuat untuk menghilangkan masalah tersebut. Tip-tip ini dipetik daripada perkongsian Top Gear Filipina. Tipnya ada dibawah yang disusun secara urutan.

Kumpulkan barang-barang yang berkaitan

Selain daripada kain mikrofiber, anda juga perlukan beberapa bahan seperti soda penaik, pembersih vakum dan cecair pembersih pelbagai guna (ataupun larutan cuka).

Manakala, pewangi udara pula adalah satu pilihan. Terpulang kepada anda.

Hilangkan abu dan sisa puntung rokok daripada dalam kereta

Sebaik sahaja anda berjaya mendapatkan bahan-bahan di atas, mula langkah dengan membuang segala abu dan puntung rokok yang tersisa di dalam kereta anda.

Kosongkan tempat puntung rokok dan biarkannya kering. Keluarkan juga semua tikar lantai untuk dibersihkan secara menyeluruh.

Bersihkan bahagian dalaman dengan menggunakan pembersih vakum

Anda tidak dapat membersihkan segala-galanya dengan cucian secara manual. Gunakan pembersih vakum untuk bersihkan bahagian dalaman kereta.

Pastikan anda turut mencuci pada bahagian-bahagian terpencil bagi memastikan tiada abu mahupun puntung rokok tersisa di dalam kenderaan anda.

Taburkan serbuk penaik pada permukaan fabrik dalam kereta

Selepas selesai membersihkan bahagian dalaman dengan menggunakan vakum, anda hanya perlu menaburkan serbuk penaik pada bahagian fabrik yang terdapat dalam dalam kereta anda.

Tidak perlu untuk mencampurkan serbuk tersebut dengan air dan letakkan banyak serbuk penaik pada bahagian yang selalu terdedah dengan asap rokok.

Tunggu dalam masa 12 hingga 36 jam, bersihkan kabin dengan pembersih vakum sekali lagi

Selepas membiarkan kereta anda dalam waktu yang ditetapkan, bersihkan bahagian dalam kereta anda sepenuhnya sekali lagi dengan menggunakan pembersih vakum ini.

Kali ini, pastikan tiada serbuk penaik yang tersisa pada bahagian dalam kenderaan anda. Anda perlu melakukannya sebanyak dua kali bagi memastikan tiada serbuk yang tertinggal dan melekat pada celah-celah fabrik.

Bukan itu sahaja, anda juga perlu mengosongkan bahagian beg pada pembersih vakum sebelum mengulangi proses pembersihan ini.

Lap semua bahagian yang keras sehingga bersih

Bersihkan permukaan keras pada bahagian dalam kereta termasuklah, papan pemuka, windshield, tingkap dan sebagainya dengan sabun cucian pelbagai guna.

Pastikan cecair tersebut tidak memberikan kesan terhadap permukaan kereta dan ikut arahan penggunaannya yang tertera pada bahagian bungkusan.

Namun, jika anda ingin menggunakan larutan dari bahan semula jadi dan kurang berbahaya, anda boleh menggantikannya dengan larutan cuka bercampur air.

Anda hanya perlu mengelap semua bahagian dengan menggunakan kain bersih ataupun tisu selepas selesai menggunakan larutan tersebut.

Langkah pilihan: Bersihkan ruang pengudaraan dan ‘reset’ sistem pengudaraan udara semula

Jika berkemampuan, anda boleh melakukan pemeriksaan terhadap bahagian penapis udara pada kereta. Anda boleh menambahbaik kualiti pengudaraan dalam kereta anda dengan mencuci atau bertukar kepada penapis udara yang baharu.

Selepas itu, pilih tetapan ‘recirculate’ dan buka semua pintu untuk memberi pengudaraan kepada kenderaan tersebut sekurang-kurangnya sejam.

Kemudian, bersihkan bahagian dalaman kereta sekali lagi sebelum mengakhiri proses pembersihan secara keseluruhan.

Menurut Top Gear Philippine, anda bermungkinan perlu mengulangi proses di atas berkali-kali bergantung pada tahap kekuatan bau rokok tersebut.

Semakin kerap anda merokok di dalam kereta, semakin lama proses yang perlu dilakukan bagi memastikan bau tersebut betul-betul hilang.

BACA: Rupanya Kena Pulang Balik, Kenali Xyloband, Gelang Cahaya Dipakai Peminat Coldplay

Sumber: Top Gear Philippine

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma