Siakap Keli
chopsticks dalam tengkorak
Gambar via Oddity Central

Sakit Kepala Lama, Rupanya ‘Chopsticks’ Dalam Tengkorak

Sakit Kepala Lama, Rupanya ‘Chopsticks’ Dalam Tengkorak

Rasa sakit kepala berlarutan serta hilang penglihatan yang dialami seorang lelaki di Vietnam selama lima bulan akhirnya terjawab apabila mendapati sepasang chopsticks didakwa berada di dalam tengkoraknya.

Lelaki yang tidak didedahkan identiti itu dimasukan ke Hospital Cuba Friendship di bandar Dong Hoi, wilayah Quang Binh, Vietnam. Dia dimasukkan ke sana setelah mengadu sering sakit kepala, kehilangan penglihatan dan mengalami hidung berair secara berterusan.

Apabila ditanya, lelaki itu memberitahu dia tidak mempunyai sebarang punca yang boleh menyebabkan gejala-gejala yang dialaminya itu. Tetapi, melalui CT scan, terdapat ketegangan pada pneumocephalus yang bersamaan dengan pneumothorax (collapse lungs) di dalam tengkorak.

Terdapat juga dua objek yang menonjol dari hidung ke otaknya. Setelah dikenal pasti, objek itu rupa-rupanya ialah sepasang chopstick. 

Pesakit yang berumur 35 tahun itu pada mulanya, turut terkejut bersama doktor apabila ditanya bagaimana penyepit itu boleh berada di dalam tengkoraknya. Namun, dia kemudian teringat kejadian yang berlaku pada lima bulan sebelum ini.

Menurutnya, ketika dia sedang minum pada waktu malam, berlaku satu pergaduhan fizikal yang menyebabkan dirinya dibawa ke wad kecemasan. Tetapi, doktor hanya merawat dia secara ringkas sebelum menyuruhnya pulang.

Lelaki itu mendakwa penyepit itu telah dimasukkan oleh seorang lagi lelaki ketika pergaduhan itu berlaku. Tapi dia tidak mengingati dengan jelas sama ada perkara itu benar-benar berlaku ataupun tidak.

BACA JUGA: ‘Botol Sihir’ Muncul Di Sepanjang Teluk Mexico

Pihak perubatan memutuskan untuk melakukan pembedahan endoscopic melalui hidung pesakit, dan digabungkan dengan microsugery untuk menutup cranial fistula pesakit serta untuk mengeluarkan penyepit itu.

Menurut Dr. Nguyen Van Man, Ketua Jabatan Neurosurgeri di Hospital Cuba Friendship, memilih pembedahan yang tepat adalah penting untuk mengelakkan pesakit daripada mengalami sakit yang berlarutan berpunca daripada kesakitan yang dialami sebelum ini.

Kini, keadaan lelaki itu sudah stabil dan dia telah keluar daripada hospital.

Beberapa tahun yang lepas, terdapat juga seorang wanita di Taiwan yang mengalami kejadian penyepit menusuk otaknya setelah terlibat dengan pergaduhan bersama kakaknya.

Sumber: Oddity Central

Nurul Alya