Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nazz Abdullah Masih Dirawat Rapi, Punca Sakit Kepala Teruk Masih Disiasat

NAZZ
Kredit: Facebook NAZZ & CO Media

Pencipta kandungan, Nazz Abdullah masih menerima rawatan dan pemantauan rapi di Hospital Pantai Ampang selepas mengalami serangan sakit kepala teruk secara tiba tiba sejak Sabtu lalu.

Pengarah Pembangunan Perniagaan NAZZ&CO Media, Rishi Ratnam yang mewakili pihak pengurusan berkata, keadaan kesihatan Nazz masih dalam pemantauan pihak hospital.

Menurutnya, lima pemeriksaan telah dijalankan terhadap Nazz, termasuk imbasan CT, MRI serta imbasan menggunakan suntikan bahan kontras, namun punca sebenar masalah kesihatannya masih belum dikenal pasti.

“Keadaan Nazz masih memerlukan pemantauan berterusan meskipun dia ada menunjukkan respons dan berada dalam keadaan sedar bagi tempoh tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Nazz masih memerlukan rehat yang mencukupi selain bantuan ubat tahan sakit yang kuat bagi mengawal kesakitan dialaminya.

Jelasnya, terdapat juga episod tekanan darah Nazz meningkat dengan ketara sepanjang tempoh berkenaan.

“Kesakitan yang dialami juga memerlukan bantuan ubat tahan sakit yang kuat, dan terdapat episod tekanan darah meningkat dengan ketara,” katanya.

Dalam pada itu, Rishi berkata, operasi NAZZ&CO Media akan diteruskan seperti biasa oleh pasukan berkenaan sepanjang Nazz menjalani rawatan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan sokongan, termasuk ahli keluarga, sahabat, rakan industri, pengamal media, pelanggan serta pengikut Nazz yang tidak putus putus menitipkan doa dan menyampaikan mesej keprihatinan.

Menurutnya, sebarang perkembangan terbaharu mengenai keadaan kesihatan Nazz akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi NAZZ&CO Media selepas maklumat berkenaan disahkan.

Pihak pengurusan turut mengucapkan terima kasih atas segala doa, sokongan dan keprihatinan orang ramai sepanjang tempoh Nazz menerima rawatan.

Intipati
  • Nazz Abdullah masih menerima rawatan rapi selepas mengalami sakit kepala teruk sejak Sabtu lalu.
  • Lima pemeriksaan termasuk CT dan MRI dijalankan, namun punca sebenar belum dikenal pasti.
  • NAZZ&CO Media meneruskan operasi seperti biasa sepanjang Nazz menjalani rawatan di hospital.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan