Siakap Keli
botol sihir di Teluk Mexico
Kredit Jace Tunnel

‘Botol Sihir’ Muncul Di Sepanjang Teluk Mexico

‘Botol Sihir’ Muncul Di Sepanjang Teluk Mexico 

Seorang penyelidik dilaporkan telah menemui beberapa buah botol misteri yang terdampar di sepanjang Teluk Mexico baru-baru ini, lapor Daily Mail.

Penyelidik yang dikenali sebagai Jace Tunnel itu dikatakan telah menemui ‘botol-botol sihir’ tersebut di pantai berhampiran Corpus Christi, Texas pada 15 November lalu.

Difahamkan, botol itu mendapat namanya kerana ia berasal daripada pengirim yang tidak dikenali serta mengandungi objek-objek pelik di dalamnya.

Tunnel memberitahu Fox News bahawa sebelum ini sudah lapan botol telah ditemui beliau sejak 2017 lalu dan ia tidak memberi kesan yang buruk kepadanya.

Bagaimanapun, beliau tidak membuka botol yang baru ditemuinya itu kali ini kerana baginya, biasanya ia diisi dengan mantera dan barang-barang yang pelik.

Selain itu, isteri Tunnel juga memberitahu bahawa Tunnel boleh membawa balik apa sahaja penemuan di lautan tetapi bukan untuk botol yang dipenuhi mantera.

Kredit Jace Tunnel

Telah lama berada di dalam laut

Dipercayai botol-botol itu telah berada di dalam air untuk beberapa tempoh yang lama. Ini kerana sewaktu ia dijumpai, botol tersebut dipenuhi dengan teritip.

Menurut Tunnel menerusi video YouTube yang disiarkan pada Oktober lalu, terdapat pelbagai sebab mengapa orang ramai membuat botol tersebut.

“Beberapa botol mantera adalah untuk perlindungan. Mereka melakukan ritual di mana mereka kemenyan dan asap telah digunakan.

“Kadang kala, mereka melakukan perbuatan itu atas sebab kesihatan, untuk nasib dan macam-macam lagi sebab lain,” kata Tunnel dalam video tersebut.

Tambahnya, beberapa orang menggunakan ‘botol sihir’ itu hanya untuk dibuang ke dalam laut.

Bagaimanapun, dia tidak tahu bagaimana botol yang ditemui terdampar itu boleh berada di lautan.

Tunnel dan penyelidik lain di Harte telah dapat meneka dari mana objek yang terdampar itu berasal berdasarkan cuaca dan corak pasang surut laut.

Selain itu, Tunnel mendakwa bahawa botol yang ditemui itu adalah bukan berasal dari Amerika Syarikat.

Kemungkinan bahawa botol yang ditemui itu berasal dari Caribbean atau Amerika Selatan. Beberapa botol yang ditemui adalah seperti botol cuka yang dikilangkan di Haiti.

BACA: Proton Pakistan Promo Saga, Rakyat Malaysia Tolong “Support” Dekat Komen

Untuk maklumat, botol sihir adalah penemuan biasa yang boleh dijumpai di United Kingdom. Botol itu boleh dijumpai dengan barangan pelik di dalamnya seperti rambut, herba, kuku atau cecair dari dalam badan.

Dalam tempoh bertahun-tahun, hampir 200 botol telah ditemui di dalam dinding, timbunan najis atau tertimbus di bawah tanah.

Menurut Pejabat Sains dan Masyarakat Universiti McGill, kepercayaan yang kuat terhadap sihir pada abad ke-16 dan ke-17 telah menyebabkan penemuan banyak botol-botol tersebut.

“Kembali pada abad ke-16 dan ke-17, terdapat kepercayaan yang kuat terhadap ahli sihir dan keupayaan mereka dalam menggunakan jampi.

“Tetapi mantera jahat itu boleh ditangkis dengan memerangkapnya dalam botol ahli sihir. Di mana jika ia dibuat dengan betul boleh menyeksa semula ahli sihir yang menggunakan jampi,” lapor pejabat itu.

Disebabkan amalan terdahulu itu, penggunaan botol sihir untuk membuang jampi adalah yang terbaik untuk dilakukan.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka