Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Trump Ganti Cadangan Caj 20 Peratus Selat Hormuz Dengan Perjanjian Perdagangan Teluk

Trump Ganti
Kredit: Anadolu Ajansi

Trump Ganti Cadangan Caj 20 Peratus Selat Hormuz Dengan Perjanjian Perdagangan Teluk

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau telah memutuskan untuk menggantikan fi bayaran balik sebanyak 20 peratus ke atas kargo yang melalui Selat Hormuz dengan perjanjian perdagangan dan pelaburan bersama negara-negara Teluk, lapor Anadolu Ajansi.

Perkara itu dimaklumkannya menerusi di platform Truth Social miliknya.

“Berdasarkan perbualan yang sangat produktif dengan kepimpinan Timur Tengah, saya telah memutuskan untuk menggantikan 20 peratus Fi Bayaran Balik Amerika Syarikat dengan Perjanjian Perdagangan dan Pelaburan yang akan dibuat oleh pelbagai Negara Teluk ke dalam Amerika Syarikat.

"Pelaburan tersebut akan menjadi sangat besar tetapi, pada masa yang sama, sangat baik untuk mereka dan masa depan mereka.

"Seperti yang semua sedia maklum, kami mempunyai jumlah pelaburan dolar terbesar ke Amerika Syarikat dalam sejarah, namun pelaburan baharu ini akan meningkatkan lagi angka itu.

"Kami akan menyaksikan lebih banyak kilang, loji dan peralatan dibangunkan di Amerika Syarikat pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, sekali gus mewujudkan jutaan peluang pekerjaan bergaji tinggi kepada rakyat Amerika,," katanya.

Dalam pada itu, Trump turut mendakwa bahawa aliran keluar masuk bekalan minyak sedang mengalir seperti tidak pernah berlaku sebelum ini, sambil mengatakan bahawa selat itu terbuka kepada semua lalu lintas kapal kecuali Iran.

Perkara itu disebabkan oleh kepimpinan mereka yang dianggapnya menipu, ganas dan berniat jahat.

Tambah Trump, AS akan mengenakan sekatan penuh terhadap mana-mana kapal datang dari pelabuhan Iran atau berkaitan negara berkenaan.

Sebelum ini, Trump mengumumkan bahawa AS akan menguatkuasakan semula sekatan ke atas Iran dan mengambil alih tanggungjawab untuk menjaga keselamatan Selat Hormuz,.

Beliau turut menyatakan bahawa AS akan menjadi "penjaga" Selat Hormuz dan mengenakan fi sebanyak 20 peratus kepada kapal komersial bagi penyediaan kawalan keselamatan.

Satu memorandum persefahaman yang dicapai pada bulan Jun menuntut penamatan pertempuran di semua barisan hadapan yang bermula pada bulan Februari, penarikan sekatan AS ke atas pelabuhan Iran, dan pembukaan semula selat itu sepenuhnya.

Tentera AS telah melancarkan serangan ke atas Iran dalam beberapa hari kebelakangan ini, dengan Tehran membalas terhadap aset AS di Teluk.

Kedua-dua belah pihak saling menuduh antara satu sama lain melanggar perjanjian dan masing-masing turut menuntut kawalan ke atas laluan air strategik tersebut.