Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nahas Ragut Dua Remaja Di Teluk Intan: Pemandu Didapati Positif Dadah - Polis

POSITIF
Kredit: Bernama

Nahas Ragut Dua Remaja Di Teluk Intan: Pemandu Didapati Positif Dadah - Polis

IPOH, 27 Julai (Bernama) -- Pemandu kereta yang dipercayai menyebabkan kemalangan melibatkan dua remaja perempuan maut di Jalan Padang Tembak, Teluk Intan petang semalam, didapati positif dadah jenis benzodiazepine.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Chua Kok Lian berkata hasil saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas lelaki berusia 28 tahun itu mendapati, suspek positif dadah jenis itu.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan disyaki memandu di bawah pengaruh dadah ketika kejadian berlaku.

“Siasatan berhubung kemalangan dijalankan di bawah Seksyen 44(1)(a) dan Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, manakala siasatan berkaitan dadah turut dijalankan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 6.35 petang semalam, siasatan awal mendapati kereta dipandu suspek dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong kenderaan di hadapannya, sebelum melanggar sebuah motosikal, sebuah lagi kereta serta seorang kanak-kanak lelaki yang berada di tepi jalan.

Akibat kemalangan itu, dua remaja perempuan berusia 16 dan 17 tahun yang menaiki motosikal, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala kanak-kanak lelaki berumur tujuh tahun itu, dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan.

Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

Intipati
  • Dua remaja perempuan berusia 16 dan 17 tahun maut di tempat kejadian.
  • Pemandu kereta berusia 28 tahun didapati positif benzodiazepine melalui saringan awal air kencing.
  • Kereta suspek dipercayai hilang kawalan ketika cuba memotong sebelum melanggar beberapa pihak.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan