Siakap Keli
Gambar via Anadolu Ajansi

Boleh Hilangkan ‘Stress’, Inilah Kepentingan Mempunyai Hobi

Boleh Hilangkan ‘Stress’, Inilah Kepentingan Mempunyai Hobi

Masa zaman kanak-kanak, anda semua mesti mempunyai hobi masing-masing, kan? Masa masih kanak-kanak, bermain dengan kawan-kawan juga boleh menjadi hobi. Ada yang gemar main bola sepak, ada yang suka main masak-masak, ada juga yang hobinya tolong emak di rumah.

Tetapi, apabila semakin dewasa, hobi anda mungkin berubah. Anda mungkin lebih gemar membaca pada waktu lapang, melukis, menulis, bercucuk tanam dan sebagainya. Namun, anda perlahan-lahan mula meninggalkan hobi anda kerana terlalu sibuk. Sama ada anda sibuk dengan kuliah di universiti atau sibuk dengan pekerjaan anda.

Anda rasa seperti anda tak akan mempunyai masa untuk melakukan hobi anda. Kalau ada day off, anda mungkin akan meluangkan masa anda dengan tidur, atau meluangkan masa bersama keluarga. Tapi, mesti anda perasan yang anda tidak mempunyai masa untuk diri anda sendiri untuk melakukan hobi yang anda ada.

Sesetengah orang mungkin berfikir hobi hanyalah sesuatu yang dilakukan untuk membuang masa yang ada. Tetapi itu tidak benar. Mempunyai hobi amatlah penting dalam hidup anda. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui mengapa hobi itu penting.

Kepentingan Mempunyai Hobi

Menjadikan Diri Anda Lebih Menarik

Apabila anda mempunyai hobi, anda akan mempunyai pengetahuan mengenai sesuatu yang orang lain mungkin tidak tahu. Anda boleh berkongsi cerita dan pengalaman anda kepada rakan-rakan mengenai hobi anda itu. Selain itu, anda juga boleh mengajar mereka mengenai hobi anda itu. Contohnya, sekiranya anda mempunyai hobi bercucuk tanam, anda boleh berkongsi ilmu tetang penjagaan tanaman yang betul kepada rakan-rakan anda yang mungkin berminat untuk memulakan hobi itu.

Membantu Menghilangkan Tekanan

Kebiasaannya, perkara yang anda gemar lakukan akan menjadi hobi anda. Apabila anda melakukan sesuatu yang anda suka, ia boleh membantu menghilangkan tekanan anda. Ini kerana, anda memberikan ruang kepada diri anda untuk tidak melakukan sesuatu yang berkaitan dengan kerja anda. Anda akan rasa tenang dan seronok apabila dapat melakukan hobi anda.

Menjadikan Anda Seorang Penyabar

Kadang-kadang, apabila anda sedang mencari hobi baru atau anda mahu mulakan hobi yang sudah lama anda tinggalkan, anda mungkin mempelajari hobi itu semula. Contohnya, anda mahu jadikan mengait sebagai hobi anda, jadi anda perlu belajar dari mula cara untuk mengait. Mengait bukanlah sesuatu yang senang, jadi anda perlu sabar ketika anda mula mempelajarinya.

Begitu juga dengan hobi yang lain. Anda akan memerlukan masa dan kesabaran untuk memulakan sesuatu hobi itu.

Membantu Kehidupan Sosial Anda

Apabila anda mempunyai hobi, ia dapat membantu anda untuk menjalinkan hubungan silaturahim dengan orang disekeliling anda. Sama ada anda menyertai sebuah kelab untuk hobi anda itu, ataupun anda menghadiahkan hasil hobi anda itu kepada rakan-rakan atau keluarga.

Kalau hobi anda melukis, mungkin anda boleh hadiahkan lukisan kepada seseorang yang anda sayang. Jika anda suka menulis, mungkin anda boleh kongsikan cerita atau puisi yang anda tulis kepada rakan-rakan anda.

Meningkatkan Keyakinan Diri

Biasanya, bila anda menikmati sesuatu aktiviti itu, ini mungkin bermaksud yang anda mahir dalam aktiviti tersebut. Segala aktiviti yang boleh menyerlahkan bakat anda boleh membantu untuk meningkatkan keyakinan anda.

Sekiranya anda sebelum ini hanya tahu masak masakan yang mudah, mungkin hobi memasak anda membantu anda untuk meluaskan lagi kemahiran memasak anda. Makin lama, anda semakin mahir memasak dan keyakinan anda juga semakin meningkat.

Menghilangkan Rasa Bosan

Selalunya, bila anda mempunyai day off dari kerja ataupun cuti semester yang panjang, anda mungkin akan rasa bosan bila anda tidak melakukan apa-apa. Inilah masanya untuk anda luangkan masa anda dengan hobi anda. Kalau rasa bosan dengan hobi lama, anda boleh mencari hobi yang baru. Sekurang-kurangnya, masa lapang anda terluang pada waktu itu.

Meningkatkan Kemahiran Dan Pengetahuan

Jika dulu anda tidak reti mengait, mungkin apabila anda sudah belajar cara-caranya, anda akan tingkatkan kemahiran mengait anda. Kebanyakan hobi memerlukan kemahiran yang tinggi, jadi apabila anda kerap melakukan hobi itu, kemahiran anda akan menjadi lebih baik.

Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan anda mengenai sesuatu itu. Tidak kiralah hobi apa yang anda lakukan, anda akan sentiasa mendapat ilmu yang baru. Kalau anda mempunyai hobi untuk belajar bahasa-bahasa baru, itu saja sudah menambah ilmu pengetahuan anda mengenai bahasa itu.

Memberi Perspektif Baru

Seseorang yang mempunyai hobi, kebiasaannya akan terdedah dengan idea-idea baru. Ia juga akan memberikan perspektif yang baru mengenai sesuatu perkara itu. Anda mungkin akan lebih berfikir di luar kotak disebabkan hobi anda. Mungkin anda akan mencipta resipi masakan tersendiri yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain. Mungkin juga anda menunjukkan cara yang mudah kepada orang lain untuk melukis sesuatu.

Mencabar Diri Anda

Setiap hobi mesti akan ada cabarannya yang tersendiri. Yang gemar menulis akan menghadapi writers block di mana mereka tiba-tiba kehilangan idea untuk menulis. Kalau yang suka memasak pula, mungkin anda resipi yang anda rasa susah untuk dimasak. Begitulah dengan hobi-hobi yang lain.

Apabila hobi yang anda lakukan itu mencabar diri anda, ia akan buat anda rasa tertarik untuk terus melakukan hobi itu. Kalau hobi itu tidak mencabar, anda mungkin akan hilang minat terhadap hobi itu dan perlu untuk mencari hobi yang baru.

Menghalang Anda Dari Membazir Masa

Akhir sekali, hobi dapat menghalang anda daripada membazirkan masa tanpa melakukan aktiviti yang berfaedah. Bila anda mempunyai hobi, tak kisahlah hobi anda ada satu atau dua, atau lebih daripada itu, hobi ini akan membuat anda lebih aktif. Ia akan memastikan anda tidak membazirkan masa anda dengan hanya duduk termenung.

Itulah antara kepentingan mempunyai hobi dalam hidup anda. Bukan itu saja, mempunyai hobi juga dapat menyihatkan tubuh anda. Lebih-lebih lagi sekiranya hobi anda adalah berjoging, hiking, melakukan aktiviti sukan lasak, berenang dan banyak lagi hobi yang boleh meningkatkan kesihatan fizikal dan mental anda.

Anda ada hobi? Cubalah kongsi!

Sumber: Skilled at Life

BACA JUGA: Wanita Cipta Rekod Dunia, Miliki 38 Batang Gigi

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.