Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Honda Civic Rempuh Motosikal: Pemandu Nak Lari Daripada Isteri Selepas Bertengkar

Iqbal Yasir
honda civic rempuh motosikal
Gambar: Tangkap Layar Tular

Honda Civic Rempuh Motosikal: Pemandu Nak Lari Daripada Isteri Selepas Bertengkar

GOMBAK — Pihak polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta jenis Honda Civic berwarna hitam selepas bertindak merempuh seorang penunggang motosikal jenis Yamaha Ego dalam satu kejadian semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak telah terkesan satu video berdurasi 18 saat yang tular di laman sosial memaparkan insiden tersebut.

Tambahnya, hasil siasatan yang dijalankan mendapati, kejadian berlaku sekitar pukul 3.30 petang di Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja, Rawang semalam.

“Kejadian berlaku semasa pemandu motokar hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran di antara mereka.

“Mangsa yang pada masa itu berada di tempat kejadian telah cuba menghalang motokar tersebut dan telah dirempuh,” kata Noor Ariffin dalam satu kenyataan pada Khamis.

BACA JUGA: Azlee Senario Menangis Terima Pelbagai Gift, ‘Terima Kasih Hiburkan Arwah Ibu Saya’

Akibat daripada insiden itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian siku tangan dan kaki.

Jelasnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan Sekysen 337 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan cedera dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Agilan Iswaran di talian 019-5230801 atau bilik gerakan IPD gombak di talian 03-61262222,” katanya lagi.

Sebelum ini, tular satu rakaman yang memaparkan seorang orang awam dirempuh oleh pemandu kereta jenis Honda Civic di media sosial dan insiden itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang awam.

Penunggang Motosikal Rempuh Pegawai JPJ

Terdahulu, seorang penunggang motosikal bertindak merempuh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 17 September lalu, lapor Bernama.

JPJ dalam satu kenyataan ketika itu memaklumkan penunggang motosikal jenis Yamaha Y125ZR berumur 25 tahun terbabit telah diambil tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ha tersebut kerana lesen kenderaan miliknya telah tamat tempoh pada 18 Julai 2012, selain tiada perlindungan insurans dan tiada lesen memandu kompeten, manakala motosikalnya disita.

Sumber: Polis Gombak