Siakap Keli
maritim uji opv1
Gambar: Maritim Malaysia

Maritim Malaysia Uji Kapal Peronda Luar Persisir Pertama OPV1

Maritim Malaysia Uji Kapal Peronda Luar Persisir Pertama OPV1

PULAU PINANG — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut berada di dalam kelompok 15 buah Kapal Maritim (KM) miliknya bersempena Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata pihak TH Heavy Engineering Berhad (THHE) kini sedang melakukan fasa sea trial terhadap OPV1.

Ia kini dilaporkan belayar memasuki kawasan Pulau Pinang bersama-sama kapal lain.

“Penyertaan kapal berkenaan dalam eksesais yang dilaksanakan oleh agensi ini adalah bertepatan dengan matlamat bagi menguji kemampuan sepenuhnya OPV1 sebelum ia diserahkan secara rasmi kepada Maritim Malaysia.

Gambar: Maritim Malaysia

“Tambah beliau, kapal yang berada dalam fasa sea trial itu bakal diuji selama empat hari bermula 28 November hingga 1 Disember dengan menempuh jarak sepanjang 630 batu nautika perairan Selat Melaka bermula dari Pelabuhan Klang dan akan tiba di Pulau Langkawi,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian sewaktu melakukan lawatan kerja di atas KM Pekan bagi memantau kesiagaan semua kapal dan anggota-anggota penguat kuasa yang terlibat dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat 2023.

BACA JUGA: Malaysia Negara Ketiga Asia Paling Fasih Bahasa Inggeris, Perak Negeri Paling “Top”

Selain itu, Pengarah Ekesais, Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah dan Pegawai Pemerintah KM Pekan, Kepten Maritim Mohd Yusri Hussin juga hadir bersama sesi lawatan kerja.

“OPV1 bernombor 8305 ini berukuran 83 meter panjang dengan lebar 13.7 meter berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka waktu maksimum 21 hari tanpa ulang bekal.

“Ia juga dilengkapi dengan UAV, meriam 30mm Smash Aselsan, berkelajuan 21 knot dengan menggunakan fasiliti seperti tapak pendaratan helikopter, bot jenis Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) serta bilik tahanan,” jelasnya lagi.

Gambar: Maritim Malaysia

Terdahulu pada sesi lawatan tersebut, Datuk Hamid menyatakan harapan beliau agar kesemua kapal yang mengikuti eksesais pada kali ini mencapai tahap yang dihasratkan.

Selain itu, ia turut diharap dapat meningkatkan kompetensi hampir 500 orang pegawai dan anggota Maritim Malaysia yang menyertai eksesais tersebut di samping mereka bersedia dengan keadaan operasi sebenar pada masa akan datang.

Sumber: Maritim Malaysia

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?