Siakap Keli
video sofyank kagum

“Dah Tahap Marvel Pun Kalah,” Video Terbaru Sofyank Buat Netizen Kagum

“Dah Tahap Marvel Pun Kalah,” Video Terbaru Sofyank Buat Netizen Kagum

Sofyank baru sahaja melancarkan video promosi bagi satu siri bertajuk Two Worlds yanga sedang ditayangkan di Viu. Menurut Sofyank atau Muhammad Sofian Abdullah, video itu mengambil masa 18 jam untuk sesi penggambaran dan memakan masa sebulan untuk kerja-kerja suntingan.

Ternyata, hasilnya sungguh luar biasa dan boleh dikatakan sudah mencapai tahap seiring dengan kesan-kesan khas (special effect) filem atau siri antarabangsa. Ramai memuji hasil kerja Sofyank di laman Twitternya dengan mengatakan “makin lama makin power”, “Giler tak suka..ni dah tahap marvel pun kalah”.

Sofyank mula terkenal di Malaysia dengan menghasilkan video-video kesan khas sehingga mendapat perhatian pembikin kandungan antarabangsa seperti Zach King dan pelakon-pelakon Hollywood terkenal seperti Ryan Reynold dan Paul Rudd.

Siri Two Worlds mengisahkan tentang Izara, seorang doktor muda dan bapanya Omar, yang merupakan pelukis siri webtoon popular, W. Apabila Omar hilang tanpa jejak, pencarian Izara membawa dirinya ke dunia webtoon, di mana dia menyelamatkan nyawa watak utama webtoon tersebut iaitu Aliff.

Dengan berbuat demikian, Izara mendapati dirinya ditulis ke dalam cerita, apabila webtoon itu seakan hidup dan mula berfungsi sebagai realiti yang berbeza. Aliff sedang memburu lelaki yang membunuh keluarganya sepuluh tahun lalu.

Dia sedar bahawa nasib Izara dan dirinya saling berkait, tapa menyedari bahawa dirinva adalah watak dalam sebuah webtoon. Apabila dua dunia bertembung, pelbagai situasi yang tidak dijangka timbul yang membawa kepada konflik dan kisah percintaan.

video sofyank kagum
Episod 1 dan 2 sudah boleh ditonton di laman web atau aplikasi Viu secara percuma.

Sumber: Sofyank

BACA: Siri Wajib Tonton di Viu

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)