Siakap Keli
fahmi daftar id digital

“Takda Tanam Cip Bagai,” Fahmi Jelaskan Daftar ID Digital Tak Sama Seperti Negara Luar

“Takda Tanam Cip Bagai,” Fahmi Jelaskan Daftar ID Digital Tak Sama Seperti Negara Luar

Hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi individu pertama mendaftarkan diri dengan Identitit Digital Nasional (IDN) atau ID Digital. ID Digital adalah satu inisiatif baru kerajaan di bawah seliaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dalam ciapan terbaru beliau di laman X menjelaskan pendaftaran ID Digital ini tidak akan mengambil data biometrik seperti gambar iris/mata dan cap jari seperti yang dilakukan di negara-negara lain.

ID Digital ini juga bakal digunakan di semua aplikasi kerajaan dan memudahkan pengguna kerana tidak perlu lagi ingat kata laluan dia setiap aplikasi kerajaan. Kerajaan juga ada menegaskan ID Digital tidak akan menggantikan sistem MyKad sedia ada.

Fahmi juga sempat bereloroh dalam ciapannya, tiada sebarang cip yang akan ditanam untuk mendaftar ID Digital.

“Selamat & mudah, MyDigital ID ini sistem single sign-in. Insya-Allah semua apps Kerajaan nanti akan guna MyDigital ID, mudah & tak perlu ingat pelbagai password

“Pendaftaran MyDigital ID ini tak ambil data biometrik seperti gambar iris/mata, cap jari seperti yang dilakukan di negara-negara lain. Takda tanam cip bagai.”

Sumber: Fahmi Fadzil

BACA: PM Anwar Individu Pertama Daftar ID Digital

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)