Siakap Keli
warga emas 193 negara 79 tahun
Kredit: Instagram

Warga Emas Berjaya Penuhi Impian, Lawat Semua 193 Negara Ahli PBB Menjelang Usia 79 Tahun

Warga Emas Berjaya Penuhi Impian, Lawat Semua 193 Negara Ahli PBB Menjelang Usia 79 Tahun

Seorang wanita warga emas yang berasal dari Amerika Syarikat berjaya memenuhi impiannya untuk mengembara mengelilingi dunia.

Luisa Yu, 79, tiba di Serbia pada 9 November lepas, sekaligus menamatkan pengembaraannya untuk mejejakkan kaki di semua 193 negara ahli Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Sebaik tiba di negara tersebut, Yu disambut oleh ribuan rakan-rakan pengembara lain yang datang berkumpul meraikan rekod yang berjaya dipahatnya.

Menurut laporan NBC6, warga emas tersebut dilahirkan di Filipina sebelum berpindah ke St. Louis, Missouri sebagai seorang pelajar pertukaran.

Warga emas berjaya jejak kaki di semua 193 negara pada usia 79 tahun

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Luisa Yu (@luisa_yu14)

Seterusnya, beliau berpindah sekali lagi ke Miami, Florida dan mengambil keputusan untuk menetap disana.

Pengembaraan yang mengambil masa beberapa dekad

Menurut Mothership.sg, Yu memulakan pengembaraan epik tersebut sejak beliau berusia di awal 20-an.

Ketika ditemu bual NBC6, beliau berkata keinginan untuk keluar mengembara sentiasa ada dalam dirinya.

Sebelum melancong ke luar negara, Yu terlebih dahulu mengembara di dalam Amerika Syarikat dan pernah melawat lebih daripada 40 buah negeri.

Walau bagaimanapun, Yu merasakan keinginannya masih belum dipenuhi dan mengambil keputusan untuk keluar meneroka dunia pula.

Selepas bertukar kerjaya daripada jururawat dan menjadikan pelaburan hartanah sebagai sumber pendapatan, beliau mula keluar mengembara di luar negara dan tidak menoleh ke belakang lagi.

Untuk tempoh 50 tahun berikutnya, Yu melawat sebanyak mungkin negara dan merasa bertuah kerana dapat berinteraksi dengan ramai penduduk tempatan.

Yu juga menjadikan laman Instagramnya sebagai diari perjalanan dan memuat naik semua kenangan indah yang dilalui untuk tatapan bersama.

Beliau juga tidak kekok berkongsi keseronakan bertemu dengan rakan-rakan baharu dan saling berkongsi kisah hidup.

Katanya, dia seringkali disapa sebagai ibu oleh pengembara-pengembara lain kerana dia kerap menjadi individu paling tua apabila setiap kali mereka bertemu.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Luisa Yu (@luisa_yu14)

Dalam pada itu, walaupun sudah melawat 193 negara, Yu mengakui sukar untuk memilih negara mana yang paling disukainya. Namun begitu, beliau menyenaraikan Filipina, Thailand dan Itali sebagai tiga negara paling istimewa pernah dilawati.

Perjalanan berakhir di Serbia

Bagi mengiktiraf kecekalan dan pencapaian yang dibuat, beliau turut menerima dua anugerah khas untuk pengembara pada 2022.

Menurut Inquier, anugerah tersebut adalah NomadMania Award for Most Positive Traveler dan Philippine Global Explorers’ Most Adventurous Explorer Award.

“Saya sudah berjaya memenuhi impian hidup. Mampu membeli rumah dan mengembara seorang diri. Saya sangat gembira dengan pencapaian ini dan berterima kasih di atas semua layanan baik yang diberikan,” kata Yu.

Beliau juga sempat menitipkan pesanan kepada mereka yang mungkin merasa was-was dengan perkara yang ingin dilakukan.

“Jangan pernah merasa khuatir, lakukan sahaja. Jangan tunggu orang lain, kerana jika anda terus menunggu, perkara tersebut tidak mungkin tidak akan berlaku” katanya.

BACA: Usia Kehamilan Lebih Awal Dari Tarikh Nikah? Kemungkinan Bunting Pelamin, Ini Maksudnya

Sumber: Mothership.sg

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.