Siakap Keli
Cara ‘Claim’ eMADANI RM100

Ini Cara ‘Claim’ eMADANI RM100 Di Shopee Untuk Dapat Baucar Ekstra RM600

Ini Cara ‘Claim’ eMADANI RM100 Di Shopee Untuk Dapat Baucar Ekstra RM600

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sebanyak RM1 Bilion untuk memanfaatkan ramai rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas melalui RM100 eMADANI. Walau bagaimanapun, individu yang layak menerima adalah yang mempunyai gaji di bawah RM100,000 setahun. Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, pengagihan bantuan ini akan bermula pada bulan Disember melalui pelbagai platform.

Tapi kan sebagai pengguna yang bijak, mesti lah korang nak tebus di platform yang menawarkan ganjaran lain kan? Yelah, dah alang-alang nak tebus, baik guna platform yang dapat memberikan ganjaran seperti baucar ekstra kepada kita.

Untuk pengetahuan korang, Shopee menawarkan ganjaran paling menarik apabila korang menebus eMADANI RM100 dengan Shopee. Apa yang menarik, jika korang menebus eMADANI di Shopee, korang berpeluang untuk dapatkan baucar ekstra bernilai RM600. Bukan itu je, korang juga berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy Z Flip5 lagi! Siapa yang tak mahu jika ada tawaran sebegini.

Tambahan RM600 Baucar Dijamin

Bagi tambahan baucar RM600 dijamin apabila korang menebus eMADANI di Shopee, dan ianya dibahagikan kepada beberapa amaun yang telah diperuntukkan.

  1. Baucar Shopee sehingga RM356 (ShopeeMall, Preferred Sellers, ShopeeLive, Penghantaran Percuma dan Pulangan Syiling)
  2. Baucar ShopeeFood sehingga RM155
  3. Baucar SPayLater sehingga RM50
  4. Baucar Insurans Kereta sehingga RM30

Cara ‘Claim’ eMADANI RM100

Bagi baucar SPayLater RM50, ianya boleh digunakan sama ada di aplikasi Shopee ataupun kedai fizikal, sehingga 12 bulan ansuran. Pengguna juga boleh imbas dan bayar dengan menggunakan SPayLater sehingga 1.8 Mil DuitNow QR peniaga & jenama utama seperti 99 Speedmart, Mydin, Mr DIY, Petron, Tealive, Lotus’s dan banyak lagi.

Cara ‘Claim’ eMADANI RM100

Sebelum itu, jom kita lihat cara untuk menebus bantuan ini di samping menikmati baucar Shopee sebanyak RM600.

Cara ‘Claim’ eMADANI RM100 di Shopee

Untuk menikmati baucar tambahan RM600 daripada Shopee apabila korang tebus eMADANI RM100, terdapat empat langkah yang perlu dilakukan seperti berikut:

  1. Buka aplikasi Shopee dan klik ikon eMADANI di laman utama
  2. Aktifkan & sahkan ShopeePay dengan Kad Pengenalan (MyKad) anda
  3. Setelah IC anda disahkan, kredit eMADANI RM100 anda akan dikreditkan ke e-wallet ShopeePay anda dalam tempoh 3 hari bekerja.
  4. Selepas mendapatkan kredit eMADANI anda, anda boleh menuntut baucar ekstra bernilai RM600 di Shopee.

Korang juga boleh merujuk pautan INI untuk mendapatkan langkah-langkah tersebut melalui platform Shopee.

Cara ‘Claim’ eMADANI RM100

Jadi bagi yang berumur 21 tahun ke atas, dalam lingkungan B40 & M40, janganlah lepaskan peluang untuk dapat baucar RM600 dan juga peluang memenangi Samsung Galaxy Z Flip5 dengan menebus eMADANI di Shopee. Berkenaan tarikh, bantuan ini akan mula disalurkan pada 4 Disember ini. Jadi, boleh lah bersiap sedia dari sekarang sebelum menebus RM100 eMADANI dengan cara mengaktifkan ShopeePay wallet mengikut tarikh mula dilancarkan.

Secara ringkasnya, selain daripada kredit eMADANI RM100 yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran luar talian, pengguna yang menebus melalui ShopeePay juga akan menerima baucar Shopee tambahan bernilai RM600 dan baucar tersebut boleh ditebus melalui aplikasi Shopee. Diskaun Eksklusif ini (tidak ditawarkan oleh platform lain!) menawarkan penjimatan yang lebih kepada mereka semua.  . Walaupun terdapat pelbagai platform lain yang menawarkan diskaun di kedai fizikal , akan tetapi pengguna boleh menikmati lebih banyak penjimatan dalam talian dengan baucar Shopee, SPayLater, ShopeeFood dan juga Insurans Kereta!

Dengan begitu banyak faedah yang ditawarkan, Shopee pastinya menjadi antara  pilihan yang menarik untuk anda semua menebus kredit eMADANI anda. Jadi jangan berlengah lagi – tebus RM100 eMADANI anda dan mula menikmati penjimatan terbaik dengan Shopee hari ini!

https://shopee.com.my/m/emadani 

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa