Siakap Keli
menyamar anggota polis
Kredit: Tribun News

Orang Awam Ditahan Menyamar Jadi Anggota Polis Selama Sebulan

Orang Awam Ditahan Menyamar Jadi Anggota Polis Selama Sebulan

Tindakan seorang lelaki warga Indonesia menyamar sebagai salah seorang anggota Koprs Brigade Mobil, pasukan khas di dalam pertubuhan polis Indonesia mengundang padah selepas perbuatannya terbongkar menyebabkan dia ditahan oleh anggota Batalion B Regim III Perintis Mako Korbrimob pada Rabu lalu.

Lapor Tribun News, lelaki berusia 23 tahun itu telah melakukan perbuatan tersebut selama sebulan tanpa ditangkap dan telah menyertai latihan bersama anggota yang lain tanpa rasa was-was.

Namun semuanya terbongkar selepas salah seorang anggota Korps Brigade Mobil mengesyaki dia meminta bahan terlarang iaitu rokok di berek Belia Batalion B, Rejimen Perintis III.

Susulan itu, anggota tersebut mula menjalankan siasatan dengan kerjasama bersama pihak atasan untuk mengetahui kebenaran di sebaliknya.

Hasil siasatan mendapati lelaki tersebut didapati bersalah dan beberapa barang rampasan turut dirampas termasuk senjata, alat komunikasi, dokumen pengenalan diri serta barangan peribadi lain.

BACA JUGA: Dulu Ada Yang Pertikai, Sekali CUCKOO Dedah Pemenang Kondo, Siap ‘Offer’ Tesla Model 3 Lagi

Difahamkan, sebanyak 38 barang rampasan telah dirampas oleh pihak atasan bagi tujuan soal siasat.

Pihak atasan turut mendapati lelaki itu juga bukan salah seorang anggota mereka yang sah dan telah mengambil bahagian dalam latihan di berek tersebut secara haram.

Lelaki tersebut berpura-pura menjadi anggota Koprs Brigade Mobil di mana dia turut memakai pakaian seragam yang lengkap.

Menurut sumber yang enggan memberitahu namanya, dia memaklumkan lelaki tersebut adalah orang awam yang sengaja mengambil bahagian dalam latihan tersebut.

BACA: Letupan, Percikan Bunga Api Kebakaran Kilang Mungkin Berpunca Daripada Bateri – Bomba

Tular di media sosial

Insiden tersebut kemudiannya tular di media sosial selepas beberapa akaun memuat naik video tersebut.

Dalam video tersebut, lelaki itu telah dibawa ke pejabat polis untuk soal siasat.

“Lelaki ini dengan beraninya tinggal di berek polis selama sebulan dan yang paling menarik, tiada siapa tahu bahawa dia menyamar.

“Penyamarannya terbongkar selepas sebulan.

“Tiada siapa yang kenalnya semasa dia tinggal di situ dan dia juga telah menjalani latihan seperti anggota sebenar,” katanya dalam video itu.

Sumber: Tribun News

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana