Siakap Keli
kanak-kanak 6 tahun hilang
Kredit Facebook/Izz Manaf

Ibu Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Anak Hilang Sejak Tengah Hari Tadi

Kebajikan: Ibu Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Anak Berusia 6 Tahun Hilang

Petaling Jaya– Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dikenali sebagai Zayn Rayyan dilapor hilang sejak tengah hari tadi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh ibu kanak-kanak tersebut, Izz Manaf di laman Facebook miliknya hari ini.

Menurut perkongsian tersebut, Zayn Rayyan yang merupakan kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) Autism dan tidak boleh bercakap dilapor hilang sejak 12 tengah hari tadi.

Izz Manaf berkata, ketika Zayn Rayyan hilang, dia memakai pakaian baju sekolah berkolar berwarna putih, berseluar hitam dan berkasut sekolah.

Selain itu, baju yang dipakai oleh Zayn Rayyan juga terdapat tampalan lencana Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2 (SKDD2), Petaling Jaya, Selangor.

Kredit Facebook

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau terjumpa dengan Zayn Rayyan diminta menghubungi ibu bapa kepada pelajar berkenaan di talian 011-51687158 atau 011-33119578.

Sementara itu, berita kehilangan pelajar berkenaan turut dikongsikan oleh SKDD2 menerusi laman facebook sekolah berkenaan sebentar tadi.

Semoga adik Zayn Rayyan berada dalam keadaan baik dan ditemui dalam kadar yang segera.

BACA: Lapan Hari Bertarung Nyawa, Bapa Kepada Bayi Rentung Dalam Kemalangan Meninggal Dunia

Sumber: Facebook/Izz Manaf

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka