Siakap Keli
azlee 3 juta gift
Kredit: @azleesenariochannel/TikTok

Azlee Senario Terkejut Didakwa Terima RM3 Juta “Gift” Dari Peminat, ‘Baru 2 Minggu Buat Live’

Azlee Senario Terkejut Didakwa Terima RM3 Juta “Gift” Dari Peminat, ‘Baru 2 Minggu Buat Live’

Pelawak Azlee Senario menafikan dakwaan dirinya memperoleh gift (hadiah) sebanyak RM3 juta pemberian peminat ketika melakukan siaran langsung (live) di TikTok, baru-baru ini.

Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Jaafar terkejut dengan dakwaan tersebut dan mengatakan ia adalah tidak benar.

Jelasnya, dia baru sahaja berjinak-jinak di TikTok dan dakwaan tersebut sememangnya di luar jangkaan.

“Ya Allah apalah yang sampai RM3 juta, saya baru dua minggu (buat live). Siapa punya kerja ini? Tak betul,” katanya.

Azlee berkata demikian menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Menerusi video tersebut, pelawak berusia 56 tahun terbabit meluahkan rasa kecewa dengan kenyataan yang dibuat kerana baginya perkara itu adalah tidak betul.

Bagi Azlee, sekiranya perkara tersebut tidak benar maka tidak perlu melaporkannya.

Sebelum ini, Azlee menitiskan air mata setelah diberikan pelbagai gift sewaktu melakukan siaran langsung di TikTok.

Salah seorang peminatnya memberikan pelbagai gift kepada pelawak tersebut kerana pernah menghiburkan arwah ibunya suatu ketika dahulu.

“Rezeki dari Allah.. Terima kasih abang @Azlee Senario kerana pernah menghiburkan arwah ibu tercinta saya,” tulisnya pada kapsyen video tersebut.

BACA: Apa Hukum Terima “Gift” Hasil Buat “Live” NPC Di TikTok? Ini Jawapan Dr Zulkifli

Sementara itu, Azlee Senario ketika itu tidak senang duduk selepas mendapati dirinya diberikan pelbagai gift.

“Ya Allah.. Allahu akbar..Ya Allah.. Allahu akbar..Ya Allah.. Allahu akbar..,” ujarnnya sambil berpusing-pusing di ruang tamu.

Ujar Azlee dalam klip tersebut, beliau mendoakan pemilik akaun itu dimurahkan rezeki sambil menahan sebak.

“Ya Allah Shila apa benda ni, tak pernah tengok pun. Ya Allah!” katanya lagi.

Sepanjang ‘live‘ tersebut, Azlee menerima pelbagai gift seperti berupa ikan paus, anak kucing, singa, kereta api, istana termasuk kereta api yang nilainya mencapai ribuan ringgit.

Live tersebut turut ditonton sehingga lebih 7,000 pengguna di platform media sosial berkenaan.

@azleesenariochannel

kalau bende x betul jangan tulis sebarangan.#masihadajalanbertaubat#allahsayangkita

♬ original sound – Azlee Senario – Azlee Senario

Sumber: @azleesenariochannel/TikTok

BACA: Polis Mohon Bantuan Kesan Kanak-kanak Lelaki Hilang Sejak Oktober Lepas

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana