Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ibu Ikhtiar, Solat Hajat Kesan Adik Zayn Rayyan Agar Segera Ditemui

Syed Faisal Sayed Muhammad
solat hajat mencari Zayn Rayyan
Kredit Sinar Harian

Ibu Ikhtiar, Solat Hajat Kesan Adik Zayn Rayyan Agar Segera Ditemui

Ibu kanak-kanak austisme, Zayn Rayyan yang dilapor hilang sejak Selasa lalu bercadang untuk melakukan ikhtiar kaedah perubatan Islam bagi mengesan keberadaan anaknya, lapor Sinar Harian.

Ismanira Abdul Manaf, 28, kehilangan adik Zayn kini sudah pun melebihi tempoh 24 jam sejak dilaporkan hilang pada 12 tengah hari, Selasa lalu.

Tambahnya, jika pencarian itu berakhir dengan jalan buntu, dia akan cuba ikhtiar dengan kaedah Islam seperti solat hajat dan sebagainya demi mencari anaknya itu.

“Dia tidak pernah lepas daripada saya dan suami sebelum ini. Saya bimbang keselamatan Zayn kerana dia tidak pernah berseorangan dan hanya boleh menyebut mummy, daddy,” katanya ketika ditemui di Apartment Idaman, Damansara Damai di sini, pada Rabu.

Menurut Sinar Harian, adik Zayn kali terkahir dilihat sedang bermain di taman permainan apartment tersebut sebelum memasuki kawasan belukar berdekatan dengan kediaman berkenaan.

Dalam pada itu, Ismanira berkata nalurinya kuat merasakan bahawa adik Zayn masih berada di kawasan berdekatan dan tidak pergi jauh dari kawasan tersebut.

“Zayn mungkin tersalah masuk rumah orang. Anak saya istimewa, jadi dia akan masuk mana-mana rumah kalau pintu itu terbuka, itu naluri saya sahaja,” katanya.

Berkongsi kronologi kejadian kehilangan adik Zayn, Ismanira berkata sebelum kejadian itu berlaku, dia pergi membeli barang di kedai.

Selesai membeli barang, dia kemudiannya pergi mengambil adik Zayn di Sekolah Kebangsaan (SK) Damansara Damai 2 (SKDD2) dan bergerak pulang ke rumah.

“Sebaik tiba di kawasan perumahan, Zayn mahu bermain buaian di taman permainan.

“Saya turuti permintaannya dan menunggu dia bermain buaian selama beberapa minit sebelum memujuknya naik ke rumah,” katanya.

Zayn Rayyan mengekori dari belakang sebelum hilang

Usai menemani adik Zayn Rayyan bermain, mereka pulang kerumah. Ketika menaiki tangga rumah, Ismanira memegang barang yang baru dibeli dan beg sekolah adik Zayn Rayyan. Manakala adik Zayn mengekori Ismanira dari belakang.

“Namun, selepas beberapa langkah saya memanggil namanya, dia tidak menjawab dan apabila saya toleh lihat dia sudah tiada,” katanya.

Ismanira yang juga seorang kerani di sebuah syarikat swasta kemudian cuba mencari anaknya dikawasan sekitar namun gagal dikesan.

Kejadian itu seterusnya diberitahu kepada suami sebelum mendapatkan bantuan penduduk setempat untuk mencari adik Zayn.

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta unit anjing pengesan (K9) turut dikerahkan dalam operasi pencarian adik Zayn Rayyan tersebut.

Ismanira turut merayu agar orang ramai dapat membantunya mengesan Zayn Rayyan dengan kadar segera.

BACA: Ibu Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Anak Berusia 6 Tahun Hilang

Sumber: Sinar Harian