Siakap Keli
mayat tangki air universiti
Gambar: Tangkap layar video tular

Dua Mayat Dalam Tangki Air Universiti

Dua Mayat Dalam Tangki Air Universiti

Baru-baru ini, tular di media sosial negara jiran penemuan dua mayat tanpa identiti dipercayai mati dalam tangki air di tingkat sembilan Universiti Prima Indonesia (UNPRI) kampus Medan, Sumatera Utara, lapor Tribun News. 

Dalam video tular tersebut ia menunjukkan dua mayat terbaring tidak bernyawa di dalam tangki yang berisi air.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Medan, Pesuruhjaya Teuku Fathir Mustafa berkata pihaknya menerima maklumat tersebut dan telah menggerakkan anggotanya ke kawasan itu.

Beliau berkata pihaknya sampai ke lokasi kejadian pada Isnin kira-kira jam 9 malam waktu tempatan.

Teuku Fathir berkata polis sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian untuk mencari petunjuk dan bahan bukti berkaitan dengan mayat tersebut.

“Petugas sudah berada di lokasi untuk memeriksa kebenarannya,” katanya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan siasatan tersebut dilakukan tanpa kerjasama pihak universiti.

“Pihak universiti menolak untuk memberikan kerjasama bersama polis.

“Anggota masih berada di lapangan, menjalankan siasatan di tempat kejadian,” ujarnya ketika ditemui pemberita semalam.

BACA: Kes Bunuh Zayn Rayyan: Ada ‘Pergerakan’ Dikesan Di Dashcam, Sama Ada Individu Atau Objek

Difahamkan, pada mulanya pihak polis meminta kebenaran untuk masuk ke dalam kampus itu bagaimanapun ditegah oleh pihak atasan universiti itu.

Tidak lama kemudian, mereka membenarkan pihak polis untuk masuk ke dalam kampus bagi menyiasat tempat kejadian di mana video dirakam.

Polis memasuki bangunan tersebut dan terus ke lokasi didakwa kedua-dua mayat berkenaan ditemui.

Pun begitu, kawasan penemuan mayat telah dibersihkan sehingga tiada kesan ditemui.

Manakala, pegawai perhubungan awam UNPRI Medan, Devi Marlin, ketika ditemu bual enggan mengulas mengenai video tersebut.

“Hanya orang yang berkaliber sahaja dibenarkan,” katanya.

Menjawab perkara itu, peguam kampus UNPRI, Herman Brahmana, mengesahkan pihak polis datang ke lokasi untuk meminta pemeriksaan di kampus UNPRI.

Bagaimanapun, pihaknya tidak membenarkan anggota polis melakukan pemeriksaan di kampus UNPRI, kerana terdapat beberapa prosedur yang perlu diselesaikan.

Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan terhadap kes itu.

Sumber: Tribun News

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana