Apa Nak Buat Kalau Tong Gas Baru Tukar Keluarkan Bunyi?
Sedang seronok memasak di dapur dengan tong gas yang baru, tiba-tiba keluar bunyi gas menimbulkan rasa cemas.
Perkara pertama yang timbul semestinya memikirkan tentang kebarangkalian tong gas itu meletup. Siapa sahaja yang tidak panik jika berada di situasi tersebut?
Kalau nak tahu, tong gas yang baru tukar mengeluarkan bunyi gas adalah disebabkan oleh getah yang berada di kepala gas.
Bagi mereka yang suka memasak tetapi tidak tahu perkara apa yang perlu dilakukan ketika ia berlaku, mungkin boleh cuba cara yang dikongsi oleh Arm Ika di Facebook.
Jelasnya, dia berkongsi ilmu tersebut supaya dapat membantu mereka yang tidak tahu mengenai perkara itu.
Sebenarnya mudah sahaja, wanita juga boleh melakukan cara ini jika mempunyai keberanian.
Tidak perlukan alatan tambahan, hanya menukarkan getah hitam di kepala gas sahaja.
Nak tahu lebih lanjut, ikuti langkah yang disediakan di bawah ini. Selamat mencuba!
Cara hilangkan bunyi gas keluar bila tukar tong gas baru

Langkah pertama: Cari getah hitam dekat dalam kepala gas
Langkah kedua: Keluarkan getah tu guna pisau atau apa-apa sahaja peralatan tirus yang boleh cungkil keluar getah hitam dari kepala gas itu
Langkah ketiga: Apabila getah hitam itu sudah keluar, terbalikkan getah hitam itu dan masukkan semula
Langkah keempat: Tekan terus bagi rapat guna jari pun boleh
Nota:
Kalau tiada getah langsung dalam kepala gas tu boleh ambil dari tong gas yang lain masukkan dalam itu.
Tapi kalau sudah tukar pun masih ada bunyi gas dan berbau gas carilah orang yang sepatutnya untuk tengokkan.
Tambahan:
Ramai juga yang guna cara lilit getah di kepala luar itu. Ia pun memang membantu dan berkesan tapi kalau ikut kata suami saya dia tidak galakkan, saya pun tidak tahu kenapa. Untuk makluman, suami saya bekerja di bahagian gas memasak.
Sumber: Arm Ika/Facebook