Siakap Keli
Gambar: mekyunn via Instagram

“Mekyun Kecek Bahasa Gapo Dale Rumoh Ni?” Keluarga Amoi Kelate ‘Tapau’ 5 Bahasa

“Mekyun Cakap Bahasa Apa Di Rumah?” Keluarga Amoi Kelate ‘Tapau’ 5 Bahasa 

Di setiap rumah di Malaysia, pasti akan mempunyai bahasa-bahasa tertentu yang digunakan oleh mereka yang tinggal di dalamnya. Ada yang menggunakan Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin. Ada juga yang menggunakan dialek atau loghat berdasarkan negeri mereka.

Kadang-kadang, timbul pemikiran stereotype di mana sesetengah bangsa hanya akan menggunakan bahasa mereka saja. Padahal, kebanyakan rakyat Malaysia mampu untuk bertutur menggunakan bahasa selain daripada bahasa yang sering diamalkan seharian.

Samalah seperti seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Mekyun. Dia merupakan seorang wanita berbangsa Cina yang berasal dari Kelantan, namun itu bukan penghalang baginya atau keluarganya untuk berkomunikasi menggunakan bahasa-bahasa lain.

Nak tahu bahasa apakah yang digunakan oleh Mekyun bersama keluarganya di rumah? Ikuti perkongsian ini!

Mekyun Cakap Bahasa Apa?

Dalam sebuah video oleh Mekyun yang dikongsikan di platform Instagram, dia telah merakamkan perbualannya bersama ahli kelurganya yang menunjukkan bahasa-bahasa yang digunakan mereka di rumahnya itu.

Videonya itu bermula dengan Mekyun yang bercakap menggunakan dialek Kelantan atau kata orang loghat Kelate. Pada permulaan video itu, Mekyun telah menyuarakan soalan yang sering ditanya oleh orang ramai kepadanya, iaitu bahasa apakah yang digunakan oleh Mekyun sekeluarga di rumah mereka.

Mekyun menjawab dalam dialek Kelantan, “Dalam rumah ni ada macam-macam bahasa yang Mekyun gunakan dengan family,”

Kemudian, Mekyun menunjukkan emaknya dalam video itu dan mereka mula berbual.

“Apa rahsia awet muda, mok?” tanya Mekyun kepada emaknya dalam dialek Kelantan.

Emaknya membalas, “Kalau ada duit lebih, pergi holiday. Dah tua-tua, bila lutut dah sakit, kena duduk rumah je nanti,”

Perbualan mereka itu dilakukan menggunakan dialek Kelantan. Ini menunjukkan bahawa dialek Kelantan merupakan salah satu bahasa yang digunakan oleh Mekyun sekeluarga.

BACA JUGA: Resipi Spageti Carbonara Tanpa Sos Prego

Bahasa kedua yang digunakan adalah Bahasa Hokkien Kelantan. Dalam video yang dikongsikan, Mekyun berbual-bual bersama ayahnya menggunakan Bahasa Hokkien. Namun, lenggok bahasa yang digunakan itu menyerupai lenggok dialek Kelantan.

“Pok nak pergi mana cantik-cantik ni?” Mekyun bertanya kepada ayahnya.

“Nak pergi berjalan cari makan. Isteri malas masak harini,” jawab ayahnya sambil berseloroh.

Bahasa ketiga pula adalah Bahasa Melayu pasar. Mekyun berbual-bual bersama abangnya menggunakan Bahasa Melayu mengenai tempat lepak mereka.

“Nak lepak mana malam ni?” soal abangnya.

“Lepak Danau jom,” balas Mekyun.

Abangnya pula berkata, “Itu port lepak boek Mat,”

Kemudian, Mekyun menunjukkan pula kedua ibu bapanya yang berbual menggunakan Bahasa Siam. Menurut emaknya, dia merupakan orang Siam Kelantan.

“Nak pergi makan tak?” ayahnya bertanya kepada emaknya.

“Nak, saya suka makan Kaeng Phet,” jawab emaknya itu.

Ayahnya berseloroh, “Siam Kelantan,” dan ia terus dijawab oleh emaknya yang berkata bahawa dia merupakan Orang Siam Kelantan.

Bahasa terakhir yang digunakan oleh mereka adalah Bahasa Inggeris.

Hello father, would you like to have a cup of tea?” Mekyun bertanya kepada ayahnya menggunakan bahasa Inggeris.

Ayahnya membalas dengan nada berseloroh, “No, I’m a Teh Beng Lover.

Itulah antara bahasa yang digunakan oleh Mekyun sekeluarga. Bukan satu bahasa saja yang digunakan oleh mereka. Bagaimana pula dengan anda? Bahasa apakah yang sering digunakan oleh anda sekeluarga?

Sumber: mekyunn via Instagram

Nurul Alya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: