Siakap Keli
mu bolos 15 gol
Kredit AFP

Rekod ‘Luar Biasa’ MU, Kelab EPL Pertama Bolos 15 Gol Peringkat Kumpulan UCL

Rekod ‘Luar Biasa’ MU, Kelab EPL Pertama Bolos 15 Gol Peringkat Kumpulan UCL

Manchester United menjadi pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama yang mencatatkan bolos 15 gol dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Rekod penuh ‘bersejarah’ berkenaan tercipta susulan kekalahan 0-1 kepada Bayern Munich di Old Trafford pagi tadi.

Kekalahan itu juga menyaksikan MU mengakhiri kempen UCL musim ini ditangga tercorot Kumpulan A.

Selain itu, ia MU juga gagal untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati saingan kedua Eropah, Liga Europa.

MU memulakan kempen UCL dengan kekalahan 4-3 kepada Bayern Munich dalam perlawanan pertama 21 September lepas.

Selepas itu, MU tewas mengejut di laman sendiri dalam perlawanan kedua menentang Galatasay. Anak buah Erik ten Hag ditundukkan 3-4 dalam perlawanan berkenaan.

MU, kelab EPL pertama bolos 15 gol

Keputusan positif pertama buat MU hadir dalam aksi ketiga apabila berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 ketika menentang Conpenhagen pada 25 Oktober.

Bagaimanapun, MU jelas berdepan dengan prestasi terumbang-ambing apabila kembali tewas dalam perlawanan berikutnya.

Kali ini, giliran Conpenhagen pula membenam cabaran MU dengan keputusan akhir 4-3.

Peluang untuk MU mara ke pusingan 16 UCL seakan sudah tertutup rapat apabila mereka sekadar mencatatkan seri 3-3 menentang Galatasary di tempat lawan.

Sepanjang kempen Kumpulan A, MU hanya mencatatkan satu kemenangan sahaja iaitu ketika menentang Conpenhagen. Manakala kelab itu mencatatkan empat kekalahan dan satu seri bagi baki perlawanan yang lain.

Sementara itu, statistik Squawka juga menunjukkan MU mencipta satu lagi rekod pagi tadi.

Menurut Squawka, MU menjadi pasukan pertama EPL yang menamatkan saingan di tangga tercorot saingan kumpulan UCL sebanyak dua kali.

Sebelum ini, MU pernah menamatkan saingan ditempat keempat peringkat kumpulan kejohanan tersebut pada musim 2005/2006.

Kekalahan pagi tadi menjadi kekalahan kedua berturut-turut buat ten Hag dalam tempoh terdekat.

Sebelum ini dalam saingan EPL, The Red Devils dimalukan 3-0 oleh AFC Bournemouth di gelanggang sendiri.

MU bakal berdepan satu lagi ujian sukar pada hujung minggu ini apabila dijadualkan bertemu dengan seteru abadi, Liverpool.

Lebih parah, aksi berkenaan akan berlangsung di Anfield yang menjadi kubu yang kebal buat pasukan seteru itu.

Liverpool setakat ini mempamerkan prestasi luar biasa apabila memimpin carta liga selepas 16 perlawanan dengan 37 mata.

BACA: November ‘Milik’ Manchester United, Sapu Tiga Anugerah Bulanan EPL

Sumber: GOAL

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka