Siakap Keli
Elon Musk dikritik
Kredit AFP, Netflix

Elon Musk Didakwa Salah Faham Dengan Babak Tesla Dalam Leave The World Behind

Elon Musk Dilapor Salah Faham Dengan Babak Tesla Dalam Leave The World Behind

CEO Tesla, Elon Musk menerima kritikan selepas didakwa salah faham dengan salah satu babak dalam filem terbaharu Netflix berjudul ‘Leave The World Behind‘.

Beliau menerima kritikan tersebut selepas memberi respon terhadap babak yang menunjukkan kereta Tesla hilang kawalan.

Dalam babak tersebut, watak yang dibawa oleh Julia Roberts dilihat keluar dari kenderaannya di atas sebatang jalan selepas menemui barisan Tesla yang tersadai.

Seterusnya, babak menunjukkan beberapa buah Tesla meluncur laju tanpa pemandu dan menghentam barisan kereta Tesla yang tersadai itu tadi.

Ciri autopilot atau pandu sendiri yang ada pada kereta berkenaan dipercayai telah digodam dan kemungkinan sudah hilang kawalan.

Menurut UNILAD, babak berkenaan cuba menunjukkan bagaimana teknologi boleh menyebabkan huru-hara kepada manusia sekiranya disalah guna oleh individu tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun, Musk didakwa salah faham dengan adegan itu dan memuat naik ciapan sambil mempromosikan kereta elektrik keluaran syarikatnya.

“Tesla boleh dicas menggunakan panel solar walaupun dunia menjadi huru-hara dan petrol sudah tiada,” tulis Musk di laman X miliknya.

Walaupun apa yang diungkapkan oleh Musk benar, namun pengkritiknya mendakwa Musk tersalah konteks dalam ciapan tersebut.

Salah faham Musk mengenai adegan itu dengan pantas telah mengundang pelbagai reaksi komen pengguna laman itu juga.

Musk didakwa tidak pernah menonton filem itu

“Jika Musk sudah menonton filem tersebut, dia pasti sedar bahawa ciapan itu tidak tepat dengan babak berkenaan,” tulis seorang penggguna.

“Jelas sekali dia belum menonton filem itu,” tulis seorang lagi.

BACA: Elon Musk Rancang Kenakan Yuran Langganan Kepada Semua Pengguna X

Dalam pada itu, seorang pengguna yang sudah menonton filem berkenaan cuba menerangkan babak berkenaan kepada Musk.

“Saya dah tonton dan apa yang saya faham, kereta Tesla telah digodam dan penggodam sengaja membiarkan kenderaan itu berlanggar sesama sendiri.

“Tujuannya adalah untuk mencipta hadangan atau kesesakan di jalan raya supaya situasi menjadi kacau-bilau. Saya harap perkara seperti itu tidak akan berlaku,” katanya.

Sumber: UNILAD

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka