Jangan Main Guna Je, Ini Tip Pilih Minyak Hitam Yang Sesuai Untuk Kereta
Minyak pelincir atau sering disebut sebagai minyak hitam merupakan salah satu aspek penting dalam penjagaan enjin yang baik.
Penggunaan minyak hitam yang tepat dan berkualiti dapat memberikan prestasi yang lebih baik dan memastikan jangka hayat enjin kenderaan lebih lama.
Walau bagaimanapun, minyak hitam mempunyai jenis dan ketahanan yang berbeza dan perlu diambil kira, bukan sekadar bergantung terhadap nilai jarak atau mileage sebagai pengukur kepada minyak hitam kenderaan.
Tahukah anda pada setiap botol minyak hitam kenderaan terdapat pelbagai label yang ramai tidak tahu maksud tersirat disebaliknya.
Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan tip memilih minyak hitam yang betul untuk pengguna kenderaan di luar sana.
Dalam video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok @pakwee_0e menjelaskan mengenai minyak hitam ini.
Maksud Huruf Pada Botol Minyak Hitam

Dalam klip tersebut Pakwee memberitahu pada setiap botol atau tong minyak hitam tertera nombor dan abjad seperti 10W-40, 5W-40, 5W-30.
Jelasnya, label pada nombor dan abjad hadapan merujuk kepada ketahanan sejuk minyak hitam itu. (W = Winter).
Sekiranya nombor itu semakin rendah, maka minyak hitam tersebut mempunyai ketahanan yang tinggi pada suhu yang rendah.
Manakala nombor pada belakang bermaksud ketahanan minyak hitam pada cuaca panas. Jika nombor pada label botol semakin tinggi, bermakna semakin tinggi ketahanan minyak hitam itu dalam cuaca panas.
BACA JUGA: Jangan Terlebih & Terkurang, Abang Ni Kongsi Tip Isi Angin Tayar Kereta Dengan Betul
Tahap Kelikatan Minyak Hitam
Sekiranya nombor di belakang tinggi, kelikatan minyak hitam semakin tinggi (lagi pekat). Manakala, jika nombor pada label belakang rendah, minyak hitam lagi cair.
Nak Pakai Minyak Hitam Yang Mana?
Tambahnya dalam video berkenaan, pemilihan minyak hitam bergantung kepada tahap penggunaan kenderaan.
Jika pemilik kenderaan seorang yang kerap melakukan perjalanan jarak jauh ataupun sentiasa berada di atas lebuh raya, mereka disarankan untuk menggunakan minyak hitam yang mempunyai nombor di belakang lebih tinggi seperti 5W-30 ke atas.
Manakala bagi pengguna yang memandu pada jarak dekat termasuk di dalam bandar boleh menggunakan minyak hitam yang mempunyai nombor di belakang lebih rendah seperti 5W-30 ke bawah.
Gred Minyak Hitam
Dalam video kedua, Pakwee turut menjelaskan jenis gred yang terdapat pada label minyak hitam seperti API SF, API SN, API SP.
American Petroleum Institute atau API merujuk kepada standard piawaian minyak hitam yang telah ditetapkan oleh Amerika Syarikat.
Jelasnya, dia menyarankan agar pengguna menggunakan minyak hitam yang mempunyai label SN ke atas untuk pemanduan yang lebih tahan lama dan jarak yang jauh.
@pakwee_oe Mcm mne ni pilih minyak hitam😲😲 #pakwee #makwee #utkkomeajerr #dtinzautodetailing #batugajah #batugajahperak #perak #ipoh #ipohperakmalaysia #kereta #car #carcar #minyakhitam #minyakhitamkereta #engine #minyakhitammurah #minyakhitambiasa #minyakhitamjalanan
♬ original sound – PakWee@DTinz_BatuGajah – PakWee@DTinz_BatuGajah
@pakwee_oe Tips pilih minyak hitam part-2 #pakwee #makwee #utkkomeajerr #batugajah #batugajahperak #perak #ipoh #ipohperakmalaysia #kereta #car #carcar #minyakhitam #minyakhitamkereta #engine #minyakhitammurah #minyakhitambiasa #minyakhitamjalanan #engineoil
♬ original sound – PakWee@DTinz_BatuGajah – PakWee@DTinz_BatuGajah