Siakap Keli
liverpool united anfield

Liverpool Sambut United Dengan 57,000 Penonton Di Anfield

Liverpool Sambut United Dengan 57,000 Penonton Di Anfield

Liverpool baru sahaja mengumumkan pertambahan kapasiti untuk Stadium Anfield dan Anfiled Road Stand itu bakal dibuka bermula pada perlawanan Liverpool menentang Manchester United.

Pertambahan kapasiti ini bakal memuatkan sehingga 57,000 penyokong dalam satu perlawanan dan menurut kenyataan LFC, ini jumlah penyokong paling ramai bakal dimuatkan dalam Stadium Anfield dalam tempoh 50 tahun.

Pembukaan ini menjadi realiti selepas kelab berjaya mendapatkan lesen kesihatan dan keselamatan daripada Majlis Bandaraya Liverpool. Kelulusan itu diberi selepas ujian dilakukan pada malam Isnin lepas.

Tiket akan diberi keutamaan kepada pemegang pas semusim dan mana-mana ahli yang pembelian tiketnya dibatalkan sebelum ini kerana penangguhan pembukaan Anfield Road Stand itu.

Tambah kenyataan itu lagi, masih banyak kerja perlu dilakukan untuk bahagian tempat duduk penyokong yang baru ini boleh beroperasi sepenuhnya. Tidak lama lagi, Anfiled boleh memuatkan sehingga 61,000 penyokong.

Pembukaan tempat duduk baru ini dianggap tepat pada masanya apabila bakal bertemu seteru utama Manchester United. Dendangan lagu You’ll Never Walk Alone akan membuatkan seluruh stadium lebih meremang.

Liverpool bakal membuat perhitungan dengan United pada awal pagi Isnin, jam 12.30 tengah malam (Waktu Malaysia). Liverpool kini sedang memimpin Liga Perdana Inggeris dengan 37 mata. Manakala, United menduduki tempat keenam dengan 27 mata.

Sumber: LFC

BACA JUGA: Rekod Luar Biasa Man United

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)